CD Projekt Red dah bukak satu studio baru di tanah airnya, iaitu di Poland untuk membantu mereka dalam menjayakan game mereka terbaru, Cyberpunk 2077. Studio yang baru ini dipanggil sebagai CD Projekt Red Wroclaw, bertempat di bandar Wroclaw itu sendiri. Studio yang sama seperti Cracow dan juga Warsaw.
Studio terbaru ni mempunyai kuasa seramai 18 orang. Dan yang peliknya, mereka dari team Dying Light, Hitman dan juga Call of Juarez yang akan menjadi teras kepada team baru ni.
Antara tanda-tanda yang team CD Projekt Red sedang melakukan kerja terhadap Cyberpunk 2077 ini adalah, twitter mereka tiba-tiba sahaja hidup dengan ‘ beep ‘ pada bulan Januari tahun ini.
*beep*
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) January 10, 2018
Selain dari pada itu, dalam list mereka yang menghadirkan diri untuk E3 tahun ni, mereka jugak dari CD Projekt Red termasuk. Ini bermaksud, mungkin kita akan dapat apa-apa berita tentang Cyberpunk 2077 pada E3 tahun ini. Tapi, takde apa-apa lagi petanda yang mereka akan release game ni pada tahun ni.
Korang rasa game ni best tak, selain dari itu, ada sapa-sapa peminat witcher tak?
@gamersantaimy
Discussion about this post