Walaupun menerima banyak komen negatif semasa awal pelancaran, Cyberpunk 2077 kini menjadi antara game paling popular di seluruh dunia dengan gameplay-nya yang menarik dan grafik yang cantik. Walaupun begitu, kami mendengar berita yang Cyberpunk 2077 ada klon mobile dari China yang nampaknya dapat menyampaikan prestasi sama hebat seperti PC dan konsol.

Baru-baru ini, sebuah game “Cyberpunk 2077” telah muncul di platform mobile App Store yang dikatakan adalah “versi rasmi”. Nama penuhnya adalah “Cyber Night City: Official Genuine Mechanical Punk Open World Action RPG Stand-alone Game” dan ia dipromosikan sebagai game yang sama di Steam, tetapi 100% dirombak ke mobile!
Dibuat oleh 格艳 江 (Ge Yan Jiang), deskripsi di halaman App Store menjelaskan bahawa game ini disyorkan oleh 3DM (laman cetak rompak permainan video dari China) dan GamerSky (media berita dan hiburan), di mana mereka memuji “kualitinya setanding dengan versi PC.”

Bagaimana pula dengan gameplay?
“Cyber Night City: Official Genuine Mechanical Punk Open World Action RPG Stand-alone Game” berlaku di kota metropolis Night City, di mana kita bermain sebagai tentera upahan cyberpunk yang terperangkap dalam permainan survival.
Anda menjadi Super Kapten, yang mengetuai pasukan manusia-mecha super. Setiap manusia-mecha memiliki kuasa unik, yang menambahkan kekuatan tidak berkesudahan kepada pasukan. Misi anda adalah untuk melindungi keamanan dunia daripada kuasa jahat dan musuh mekanikal. Melalui taktik dan kerja berpasukan, anda akan membawa mereka di medan perang, lalu menunjukkan kemahiran tempur luar biasa dan kuasa yang tidak dapat dikalahkan.
Terima misi, naikkan reputasi, buka upgrade dan customize watak dan gameplay. Hubungan interpersonal dan pilihan yang dibuat oleh pemain akan mengubah arah plot dan dunia di sekeliling mereka.

Itulahlah yang dinyatakan dalam App Store tetapi hakikatnya, kita tahu ini adalah satu lagi game plagiat oleh China yang cuba meniru game popular. Apa yang membuatkannya lucu adalah mereka seolah-olah tidak sedar yang promosi dan deskripsi kelihatan terlalu palsu. Malah, namanya yang panjang sudah cukup untuk kantoikan identiti game plagiat Cyberpunk 2077 ini.
Ini bukan kali pertama sebuah studio China memplagiatkan game terkenal kerana saya pernah melaporkan tentang Chief Almighty yang meniru God of War, Horizon Zero Dawn dan Far Cry. Anda boleh baca artikel penuh di SINI.

Apa pendapat anda tentang klon mobile Cyberpunk 2077 dari China? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Baca segala liputan kami tentang Cyberpunk 2077 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post