Immortals Fenyx Rising adalah game action-adventure di mana kita bertarung dengan makhluk unik dari mitologi Yunani, bersama kisah komedi yang memaparkan dewa-dewa Olimpik dalam nada parodi. Jika belum mencuba Immortals Fenyx Rising, anda boleh bermain game ini secara percuma di PC (eksklusif melalui Ubisoft Connect) bermula esok!

Dari 26 November pukul 10:00 PM hingga 29 November di 10:00 PM, anda dapat meneroka Golden Isle dengan bebas, menggunakan kebolehan tahap mistik, dan menemui rahsia-rahsia tersembunyi di bilik kebal jauh di dalam Tartarus. Untuk mengakses sesi “Free Weekend” ini, anda hanya perlu:
- Pergi ke pautan https://free.ubisoft.com/
- Pilih Immortals Fenyx Rising: Access to Free Week-end.
- Pilih Ubisoft Connect PC.
- Log masuk ke akaun Ubisoft yang anda ingin mainkan.
Game itu kemudian akan ditambahkan ke bahagian Free dalam game library anda di Ubisoft Connect PC.

Pengguna Ubisoft Connect boleh pre-load game ini bermula sekarang, dan jika anda mahu terus bermain setelah tempoh percuma tamat, Immortals Fenyx Rising akan dijual secara diskaun sehingga 2 Disember. Anda boleh meneruskan kemajuan dari sesi percuma untuk edisi Standard atau Gold, yang dijual dengan potongan harga 60%, serta dapatkan Season Pass atau episod DLC – A New God, Myths of the Eastern Realm dan The Lost Gods – dengan potongan 50%.

Saya pernah buat ulasan sebelum ini dan berikut adalah antara pendapat saya:
Immortals Fenyx Rising amat mudah untuk disukai. Ia mempunyai daya tarikan tertentu, rasa humor yang hebat, dan dunia penuh dengan warna dan kehidupan. Teka-teki mungkin terasa membosankan kerana elemen repetitif tetapi gambaran Ubisoft pada mitos Yunani, watak dan perwatakan yang ditulis dengan baik, dan misi utama yang menyeronokkan berjaya mengalihkan perhatian saya pada kekurangannya.

Immortals Fenyx Rising kini tersedia pada PC, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post