Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Artikel, Berita, Shooter
0 0
0
Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun berdiam diri, Crytek telah mengesahkan bahawa Crysis 4 sedang dalam pembangunan. Anda boleh lihat dulu trailer di bawah dan dari gayanya, nampak macam cool gitu kan. Kali ini teaser pun tidak kedekut dan beri kita lebih banyak info daripada sekadar logo sahaja.

Walaupun begitu, janganlah harapkan gameplay penuh. Di penghujung teaser, kita dapat membaca slogan; “it’s time to join the journey and be the hero.”

Tidak lama selepas pengumuman teaser, lebih banyak maklumat didedahkan dalam siaran blog oleh Ketua Pegawai Eksekutif Crytek iaitu Avni Yerli, yang berkata game ini masih “di peringkat awal pembangunan” dan juga akan berusaha untuk melibatkan komuniti sepanjang proses itu. Blog ini juga memberitahu bahawa “pasukan yang berdedikasi dan berbakat sedang bekerja keras untuk membawa pengalaman next-gen shooter ” yang mencadangkan sekuel seterusnya akan terus mendorong kualiti visual tinggi sebagai tradisi francais.

Bagi mereka yang mengharapkan game ini akan keluar tahun ini, korang mungkin akan kecewa kerana CEO Crytek menjelaskan akan makan masa beberapa tahun lagi sebelum dikeluarkan secara rasmi. Platform apa untuk keluar pun kita tidak tahu. Hanya konsol next-gen sahaja yang disahkan.

Teaser rasmi Crysis 4 hadir hanya beberapa jam selepas Crytek China mengesahkan berita yang sama tanpa sengaja di laman media sosial China BiliBili. Posting itu, yang kini sudah dipadamkan, memberitahu yang projek ‘Crysis 4’ disahkan, menurut Eurogamer.

Game terakhir dalam francais, Crysis 3 telah dilancarkan pada tahun 2013, yang bermakna ia akan berusia lebih satu dekad jika Crysis 4 dilancarkan. Untuk mereka yang rindu nak main, Crysis Remastered Trilogy telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan mengandungi game original Crysis 1,2 dan 3 dalam resolusi hingga 4K pada PC, serta penambahbaikan pada tekstur, pencahayaan dan visual.

Untuk segala liputan kami tentang Crysis, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crysis 4Crytek
Previous Post

Review MSI Stealth 15M (2022) – Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis

Next Post

Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!

Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd