Crypto adalah salah satu daripada penambahan baru di Apex Legends Season 3: Meltdown yang pemain pasti teruja, dan Legend baru ini mungkin akan pantas menjadi kegemaran ramai. Dia bukanlah satu watak yang fokus kepada ofensif mahupun defensif, dan lebih sesuai sebagai support character kerana abilitinya yang tidak memberi sebarang serangan maut atau kebolehan untuk mempertahankan diri daripada musuh.
Sebaliknya, kuasa dia lebih memihak kepada pengintipan dan pengumpulan maklumat tentang kawasan sekitar untuk menjejaki kehadiran musuh. Berterima kasih kepada EA yang menjemput beberapa pencipta content bagi menguji Season 3, sekarang kita tahu nama ketiga-tiga abiliti tersebut termasuk apa yang ia boleh lakukan.

Tactical – Surveillance Drone
Tactical Ability ini membolehkan Crypto menggunakan drone yang dapat mengumpulkan maklumat tentang kawasan sekitar. Dron itu dikawal dari jauh dan apabila digunakan, Crypto akan berdiri di posisi yang sama sementara memandukan dron di hampir mana saja. Semasa mengawal dron, pemain boleh ping mana-mana musuh yang mereka lihat, dan musuh akan kekal disasarkan selagi dron berada di udara.
Kelemahan abiliti ini adalah musuh akan tahu apabila mereka di-ping, dan boleh menembak dron dengan mudah. Mencari dron ini pun tidak sukar kerana ia mengeluarkan bunyi bising yang berterusan apabila aktif.
Passive – Neurolink
Passive ability ini juga berkati dengan dron milik Crypto kerana ia membolehkan pemain dan semua rakan sepasukan untuk melihat semua musuh yang berada dalam lingkungan radius 30 meter dari drone ketika ia berada di udara. Seluruh skuad mampu melihat musuh kerana badan mereka akan menyala setiap kali mereka berada dalam jarak dron.
Ultimate – Drone EMP
Masih kekal dengan tema, abiliti terkuat Legend baru ini juga melibatkan dronnya kerana dia dapat menggunakannya untuk melepaskan ledakan EMP yang besar. Apabila drone diaktifkan, pemain boleh terbang ke kawasan yang mereka pilih, kemudian aktifkan cas EMP yang merangkumi jarak yang cukup luas. Mereka yang terkena letupan akan terkena 50 point damage pada shiled mereka, pergerakan akan perlahan, dan semua perangkap akan dimatikan.
Kamu boleh tonton gameplay penuh Crypto, termasuk ketiga-tiga abilitnya dalam video di bawah hasil Youtube The Gaming Merchant:
Walaupun sudah sangat menarik, Crypto bukanlah satu-satunya aspek dalam Season 3 yang pemain perlu menantikan kerana Meltdown juga akan memperkenalkan senjata baru, Battle Pass, sistem ranking, dan yang paling penting, peta “World’s Edge“. Season 3 sudah keluar hari ini pada 1 Oktober 2019, dan kami akan terus membawa kamu maklumat paling terkini.
Sumber – Dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post