Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crunchyroll mengumumkan anime Trigun Stampede, siri terbaru dalam francais untuk 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Crunchyroll mengumumkan anime Trigun Stampede, siri terbaru dalam francais untuk 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh Crunchyroll melalui Toho, anime klasik Trigun dari tahun 1998 akan menerima adaptasi baharu bernama Trigun: Stampede yang menampilkan pelakon dan krew serba baharu. Anime ini akan dikeluarkan pada 2023.

Dilabel sebagai “reboot” dan bukannya sekuel, Trigun Stampede baru sahaja diumumkan hari ini dan akan disiarkan secara serentak dari Jepun di lebih 200 negara di seluruh dunia. Maklumat lanjut akan didedahkan di Anime Expo 2022 di Los Angeles semasa panel Crunchyroll pada hari Sabtu, 2 Julai.

Trigun adalah berdasarkan manga yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yasuhiro Nightow, yang pertama kali disiarkan dalam majalah Monthly Shōnen Captain bermula pada April 1995. Ia telah diadaptasi menjadi anime yang disiarkan pada tahun 1998, lalu mendapat kejayaan besar di seluruh dunia dan kini dianggap sebagai klasik oleh ramai peminat kerana gabungan aksi, komedi dan drama yang berwarna-warni.

Siri ini mengikuti Vash the Stampede, seorang lelaki bersenjata yang mempunyai reputasi legenda untuk segala perkara berkaitan kemusnahan dan keganasan. Hakikatnya, personalitinya sebenarnya sangat aman dan dia tidak suka menyakiti sesiapa pun.

Kisah ini berlaku di latar angkasa lepas ala-ala cerita koboi, khususnya di sebuah planet bernama No Man’s Land di mana Vash sentiasa dikejar oleh pemburu dan sepasang ejen lucu yang tanpa henti meminta dia membayar atas kerosakan harta benda.

Anime Trigun Stampede akan dihasilkan oleh Orange, studio animasi di sebalik siri Beastars dari Netflix. Untuk maklumat lanjut, siri ini mempunyai laman web rasmi baru di trigun-anime.com dan akaun Twitter rasmi @trigun_anime di mana korang boleh menyemak perkembangan terkini.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Trigun website

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCrunchyrollTrigunTrigun Stampede
Previous Post

Jurassic World Dominion kini nombor 1 di dunia & Malaysia, tayangan hujung minggu paling laris semasa pandemik

Next Post

Street Fighter 6 kini lebih “beginner friendly” – Penjelasan sistem Modern control dan commentary

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Street Fighter 6 kini lebih “beginner friendly” – Penjelasan sistem Modern control dan commentary

Street Fighter 6 kini lebih "beginner friendly" - Penjelasan sistem Modern control dan commentary

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd