Memandangkan Halloween hampir tiba, Eggy Island mengalu-alukan untuk mengalami kengerian di pulai! Beberapa hari lepas, Eggy Party telah mengumumkan acara crossover khas dengan game mobile popular “Identity V“, yang bermula sejak 27 Oktober hingga 16 Nov.
Khususnya, dua survivor daripada Identity V: Gardener dan Mercenary, telah tiba di Eggy Island, dengan si hantu jahat, The Ripper. Semasa acara itu berlangsung, pemain berpeluang untuk mendapatkan Identity V Choice Mystery Box, emoji crossover eksklusif, avatar frame, outfit dan banyak lagi!
Outfit Edisi Terhad Tersedia Secara Percuma
Semasa acara crossover Eggy Party × Identity V, pemain yang melengkapkan Daily Goals dan Achievement Goals boleh mendapatkan outfit Identity V edisi terhad. Terdapat juga emoji “Joyful” edisi terhad dan banyak ganjaran hebat lain untuk dikumpulkan!

Survivor – Gardener
Gardener di sini! Dia memakai topi jerami ikoniknya dan apron. Pancaran matahari adalah kuat di Eggy Island, tetapi sebagai tukang kebun yang bekerja di bawah terik matahari sepanjang hari, dia tidak takut terbakar matahari. Mungkin dia patut takut dengan ancaman lain…?

Survivor – Mercenary
Dengan jubah bertudung hijau gelapnya, Mercenary kelihatan tabah dan boleh dipercayai. Seorang fighter yang mahir sepertinya pasti mampu menghadapi rintangan Eggy Island dengan mudah.

The Ripper
Ripper, pembunuh upahan dari kota kabus, telah tiba. Dia memakai top hat yang sopan dan kot yang anggun dan bergaya. Jika bukan kerana gunting keluli dan kukunya yang tajam, seseorang mungkin tersalah anggap dia seorang telur yang baik. Pemain yang bertemu The Ripper mesti mengelak daripada jatuh ke dalam cengkaman jahatnya!

Dapatkan segala berita kami tentang Eggy Party di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post