Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crossover LifeAfter & Tealive + Foodpanda di Asia, menawarkan content unik di dunia sebenar & game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, Survival, Tempatan
0 0
0
Crossover LifeAfter & Tealive + Foodpanda di Asia, menawarkan content unik di dunia sebenar & game!
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang Musim ke-4, game survival LifeAfter mengumumkan kolaborasi rasmi dengan Tealive dan aplikasi Foodpanda. Kerjasama mega itu bertujuan untuk memperkenalkan sebuah acara unik yang bakal “membawa kandungan dalam permainan ke dunia sebenar”, termasuk menu makanan Tealive bernama Mix-Eats yang dilancarkan sempena kolaborasi ini.

Mulai 11 November 2021, pemain LifeAfter akan melihat makanan dan minuman Tealive kegemaran mereka dicipta semula sebagai “consumable” yang boleh memulihkan statistik pemain dan memberi kebolehan istimewa, termasuk “Pearl Milk Tea”, dan “TealiveMix-Eats” (semangkuk “potato wedges” dan popcorn ayam lazat bersama sos keju). Foodpanda, yang muncul sebagai NPC istimewa, akan menampilkan seragam merah jambu dan kotak penghantaran ikonik untuk menjual barangan Tealive kepada pemain sepanjang durasi acara.

Untuk menambah keseronokan, pemain bukan sahaja akan melihat Tealive dalam LifeAfter tetapi juga di dunia sebenar kerana Tealive akan melancarkan kombo Tealive x LifeAfter secara eksklusif di foodpanda yang menawarkan kombo Mix-Eats dengan minuman Tealive terpilih daripada 11 Nov- 31 Dis 2021.

Apa yang tersedia?

  • 2 pilihan Mix-Eats dengan 2 pilihan sos: Sos Keju/Sos Spicy Korean
    • Popcorn chicken + Potato wedges
    • Chicken roll + Potato wedges
  • Makanan ini akan disertakan dengan minuman terpilih sebagai kombo.

Untuk memenangi kod hadiah LifeAfter percuma dan baucar Tealive X foodpanda, pemain boleh log masuk menggunakan akaun Facebook mereka untuk bermain. Pelbagai hadiah menanti dalam permainan di mana pemain boleh mencuba nasib di game “Tealive wall-shooting” dan mengambil gambar maya di mesin layan diri Tealive semasa bermain.

Bagi mereka yang tidak tahu, LifeAfter adalah open-world survival game yang dibangunkan oleh NetEase Games (versi iOS dan Android). Pemain harus berhadapan dengan sumber yang terhad, cuaca yang buruk dan kehidupan liar yang berbahaya. Buat masa ini, LifeAfter mempunyai sebanyak 200 juta pemain di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2018 dan pernah digelar sebagai “Permainan Paling Kompetitif 2019” oleh Google Play.

LifeAfter ialah permainan survival kiamat dunia terbuka yang dibangunkan oleh NetEase Games (versi iOS dan Android). Pemain menghadapi sumber yang terhad, cuaca buruk dan kehidupan liar yang berbahaya, dan dari awal mengumpul sumber, membina rumah, membuat alatan dan senjata, dan berjuang bersama rakan sepasukan untuk membuat dan mempertahankan rumah di dunia pasca apokaliptik. Berdasarkan persembahannya yang jelas tentang dunia kiamat dan perjuangan bertahan, permainan itu kini mempunyai 200 juta pemain berdaftar di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2018. Ia digelar sebagai Permainan Paling Kompetitif 2019 oleh Google Play.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh tekan pautan ini.

Muat turun di sini
LifeAfter
Publisher: NetEase Games
Release Date: 2019-02-28
Android, iOS
LifeAfter' adalah permainan mudah alih dengan misi menyelamatkan diri dari makhluk yang dijangkiti, apabila virus yang dahsyat melanda seluruh negara, dunia porak peranda, jadi ke manakah anda akan pergi?
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FoodpandaLifeAfterTealive
Previous Post

Jualan TERBESAR oleh MSI sempena 11.11! Diskaun kaw-kaw punya!

Next Post

PUBG: New State rasmi dilancarkan hari ini di Android & iOS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
PUBG: New State rasmi dilancarkan hari ini di Android & iOS!

PUBG: New State rasmi dilancarkan hari ini di Android & iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd