Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2022
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Steam
0 0
0
Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Prime Matter dan Smilegate hari ini mengumumkan bahawa Crossfire: Legion – game real time strategy (RTS) yang menampilkan aksi taktikal dan pertempuran sengit di dunia yang hancur pada masa depan – akan memasuki fasa Akses Awal pada 24 Mei 2022; di mana pengguna boleh menambahkannya ke dalam wishlist mereka di Steam jika berminat.

Dalam game ini, kita akan mengawal salah satu daripada tiga komander yang berani (dan askar-askar mereka) daripada tiga Faction berbeza iaitu – Black List, Global Risk dan New Horizon – ketika mereka berjuang merentas pelbagai rupa bumi dan persekitaran di kedua-dua kempen single player dan multiplayer.

Versi Akses Awal membolehkan pemain memainkan keseluruhan “Act” pertama; dan bertarung melalui 1 mode coop dan 2 mode multiplayer. Pemain juga boleh bersaing di multiplayer leaderboard untuk merebutnya kedudukan tertinggi.

Dari segi gameplay asas, pemain akan membina tentera custom mereka sendiri untuk mengalahkan musuh sambil mendirikan markas yang kukuh dan menyeimbangkan sumber. Tetapi, mana-mana peperangan boleh jadi kucar-kacir tanpa rancangan yang bagus – jadi bersiap sedia untuk berfikir dengan tepat dan mengubahsuai strategi anda semasa perlawanan sedang berlangsung. Ia terpulang kepada kita untuk membuktikan kehebatan strategik di medan perang dan mengetuai unit ke arah kemenangan.

Untuk mereka yang tidak tahu, Legion termasuk dalam francais besar “CROSSFIRE” dan dimiliki oleh Smilegate. Bukan itu sahaja, ia juga adalah salah satu francais terbesar dan paling berjaya dalam sejarah gaming, dengan lebih 670 juta pengguna berdaftar setakat ini dan lebih 8 juta pemain semasa di seluruh dunia. Sebab itu ramai yang hype apabila mereka mengumumkan game spin-off baru!

Bagi mereka yang berminat untuk bermain Crossfire: Legion, saya akan sediakan pautan rasmi di SINI termasuk spesifikasi PC menurut Steam:

  • MINIMUM:
    • Requires a 64-bit processor and operating system
    • OS: Windows 10 64bit
    • Processor: Intel(R) Core(TM) i5-4460 or AMD equivalent
    • Memory: 8 GB RAM
    • Graphics: GeForce GTX 960 or AMD equivalent, 4 GB VRAM
    • DirectX: Version 11
    • Storage: 8 GB available space
  • RECOMMENDED:
    • Requires a 64-bit processor and operating system
    • OS: Windows 10 64bit
    • Processor: Intel(R) Core(TM) i7 8700k or AMD equivalent
    • Memory: 16 GB RAM
    • Graphics: GeForce RTX 2060 or AMD equivalent, 4 GB VRAM
    • DirectX: Version 11
    • Storage: 8 GB available space
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Akses awalCrossfire: LegionPC
Previous Post

DLC pertama Tiny Tina’s Wonderlands akan tersedia 22 April ini!

Next Post

Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!

Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd