Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion akan datang dengan sistem battle yang diperbaharui !

Maira by Maira
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion akan datang dengan sistem battle yang diperbaharui !
Share on FacebookShare on Twitter

Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion telah diumumkan pada bulan lalu dan sudah tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai game tersebut. Baru-baru ini, pelbagai laman web Jepun telah muat naik artikel temu ramah mereka bersama individu-individu penting di sebalik pembangunan game tersebut. Banyak juga maklumat baru yang didedahkan mengenai Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda!

Pembangunan serta perancangan untuk Crisis Core ini adalah untuk memahami lebih mendalam tentang watak Zack. Malah dia juga muncul dengan lebih kerap dalam FF7 Remake berbanding game original. Selain daripada Zack, watak lain seperti Cloud, Aerith dan Sephiroth juga telah mendapat kemas kini baru. Semua scene juga akan mempunyai suara watak serta NPC.

Bukan setakat itu sahaja, pelbagai asset daripada game dahulu juga telah ditukar. Ini termasuklah kamera dan pergerakan dalam game. Cutscene untuk summon juga telah dibuat semula. Tempo semasa Battle juga telah diperbaharui. Serangan Zack kini boleh disambung dengan kombo malah kebolehan serta magic juga boleh dipilih menggunakan shortcut. Elemen daripada FF7 Remake juga ditambah ke dalam sistem battle Crisis Core baru ini.

Pertarungan juga menjadi lebih lancar tanpa adanya cutscene Digital Mind Wave (DMW). Tambahan pula, Limit Break dan summon kini boleh diaktifkan secara manual oleh pemain dan bukan lagi secara automatik. Dengan adanya butang tambahan pada controller, anda kini boleh menggerakkan kamera secara bebas menggunakan analog kanan.

Disebabkan ini game remaster, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pada posisi “treasure chest” dan tiada misi baru yang akan ditambah. Mode terbaru iaitu Hard mode juga diperkenalkan. Dengan anda yang mahukan cabaran yang lebih sukar berbanding game original, boleh gunakan mode ini daripada awal game.

Kalau anda yang mengharapkan sesuatu yang baru pada penceritaannya, malang sekali tiada penambahan yang dilakukan. Ceritanya akan kekal tanpa sebarang perubahan kerana tidak mahu mengubah sejarah dunia tersebut.

Itu sahaja ringkasan yang kami boleh berikan kepada anda tentang Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion. Mesti ada yang tidak sabar untuk bermainnya nanti kan? Anda boleh melawat laman web rasmi untuk ketahui lebih lanjut mengenai game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crisis CoreCrisis Core: Final Fantasy VII Reunion
Previous Post

Killing Floor 2 kini PERCUMA di Epic Games Store – Claim sekarang!

Next Post

Game shooter co-op ‘The First Descendant’ menjemput pemain untuk cuba ujian beta PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
Next Post
Game shooter co-op ‘The First Descendant’ menjemput pemain untuk cuba ujian beta PC

Game shooter co-op 'The First Descendant' menjemput pemain untuk cuba ujian beta PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd