Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan bahawa game simulasi misteri multiplayer PvP, CRIMESIGHT kini tersedia secara global di Steam. Terdapat dua edisi tersedia iaitu edisi Standard dan edisi Deluxe. Anda boleh dapatkan edisi standard dengan harga RM 39 manakala edisi Deluxe pula berharga RM 51.
Edisi bundle dengan Project Winter daripada Other Ocean Interactive juga boleh dibeli dengan diskaun 10% sekarang. Jangan lepaskan peluang ini!

Pemain juga boleh membeli edisi Deluxe CRIMESIGHT yang besertakan soundtrack original dan sejumlah 144 ikon dalam game. Item bonus ini juga boleh dibeli secara berasingan sebagai DLC.

CRIMESIGHT akan tersedia secara global dan akan menyokong 11 bahasa iaitu Jepun, Inggeris, Cina (Simplified), Cina (Tradisional), Korea, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Sepanyol (Spain – Spanish) dan Portugis (Brazil-Portugis).
Tentang CRIMESIGHT:
London, 2075. Sistem ramalan canggih yang dipanggil Foresight AI dibangunkan untuk meramalkan jenayah masa depan berdasarkan data rangkaian. Akibatnya, jenayah dikurangkan sebanyak 90% di seluruh dunia. Bagaimanapun, sistem itu meramalkan kejadian yang tidak dapat dielakkan, yang boleh membawa dunia ke arah kehancuran. Pembangun Foresight AI telah mencipta AI baru yang boleh mengesan dan menyelesaikan jenayah yang paling keji sebelum ia berlaku. Mereka menggelar AI ini sebagai “Sherlock”, sempena nama detektif terkenal daripada karya klasik.
Semasa ia mengerjakan beberapa kes, Sherlock menemui kebenaran yang mengerikan: Berada di pusat kes ini seperti labah-labah di web, Moriarty, AI yang menyaingi keupayaan Sherlock.

CRIMESIGHT mempertemukan pemain antara satu sama lain di mana seorang bermain sebagai “villain” dan seorang lagi sebagai “target”, mangsa kepada penjahat itu. Pemain di pihak Moriarty mesti memenuhi objektif untuk menyelesaikan jenayah mereka, manakala pemain di pihak Sherlock pula mesti menghalangnya daripada berlaku. Sepanjang permainan, villain dan target perlahan-lahan akan terbongkar identiti mereka. Pihak manakah yang anda akan ambil?
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai CRIMESIGHT, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post