Konami Digital Entertainment Limited telah mendedahkan dan mengumumkan tarikh pelancaran untuk game multiplayer simulasi misteri PvP baru iaitu CRIMESIGHT. Dengan kejayaan ujian beta tertutup tahun lepas, CRIMESIGHT akan dilancarkan di Steam pada 15 April 2022 bermula daripada 19.99 USD (anggaran RM 80). Malah, demo untuk CRIMESIGHT juga akan dimulakan tidak lama lagi.
Menjelang pelancaran, KONAMI akan menganjurkan demo percuma untuk pemain yang ingin mencuba CRIMESIGHT pada hujung minggu. Kepada anda yang berminat untuk bermain CRIMESIGHT, anda boleh mula mendaftar bermula 25 Mac sehingga 7 April 2022. Anda boleh melihat cara daftar di laman web rasmi laman web rasmi.
Demo hujung minggu tersebut akan diadakan pada waktu berikut:
- 10 April 2022 jam 6 pm- 10:59 pm

London, 2075. Sistem ramalan canggih yang dipanggil Foresight AI dibangunkan untuk meramalkan jenayah masa depan berdasarkan data rangkaian. Akibatnya, jenayah dikurangkan sebanyak 90% di seluruh dunia. Bagaimanapun, sistem itu meramalkan kejadian yang tidak dapat dielakkan, yang boleh membawa dunia ke arah kehancuran. Pembangun Foresight AI telah mencipta AI baru yang boleh mengesan dan menyelesaikan jenayah yang paling keji sebelum ia berlaku. Mereka menggelar AI ini sebagai “Sherlock”, sempena nama detektif terkenal daripada karya klasik.
Semasa ia mengerjakan beberapa kes, Sherlock menemui kebenaran yang mengerikan: Berada di pusat kes ini seperti labah-labah di web, Moriarty, AI yang menyaingi keupayaan Sherlock.

CRIMESIGHT mempertemukan pemain antara satu sama lain di mana seorang bermain sebagai “villain” dan seorang lagi sebagai “target”, mangsa kepada penjahat itu. Pemain di pihak Moriarty mesti memenuhi pbjektif untuk menyelesaikan jenayah mereka, manakala pemain di pihak Sherlock pula mesti menghalangnya daripada berlaku. Sepanjang permainan, villain dan target perlahan-lahan akan terbongkar identiti mereka. Pihak manakah yang anda akan ambil?

Game ini juga akan tersedia secara global dan menyokong 11 bahasa seperti Bahasa Inggeris, Cina (SImplified), Cina (Tradisional), Korea, Jepun, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Sepanyol (Spain – Spanish) dan Portugis (Brazil-Portugis).
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai CRIMESIGHT, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post