Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crayon Shin-Chan Experience Akan Datang Ke KL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Crayon Shin-Chan Experience Akan Datang Ke KL!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pameran anime telah diadakan di Malaysia termasuk One Piece, Naruto, Jujutsu Kaisen, dan banyak lagi. Kini kami menerima berita bahawa Crayon Shin-Chan Experience, sebuah pameran kafe interaktif juga akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi!

Kredit: acolab

Diumumkan di halaman Facebook ‘acolab‘, mereka menjadi penganjur rasmi untuk pameran ini dengan pernyataan berikut:

“Adakah anda bersedia untuk menemani rakan zaman kanak-kanak kegemaran yang nakal dan comel dalam pengembaraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini? Rakan zaman kanak-kanak kami, Crayon Shin-chan, kembali untuk membuat kacau dan membawa kegembiraan masa muda kami!”

Kredit: acolab

Tidak banyak yang didedahkan buat masa ini, tetapi acolab menjelaskan bahawa Crayon Shin-Chan Experience membawa anime popular tersebut dengan keunikan seni Van Gogh. Semasa hari pameran, pengunjung boleh menjamu makanan dan minuman bertema Shin-Chan, terokai lebih 5 zon foto yang mengasyikkan dan dapatkan barangan eksklusif.

Butiran penuh termasuk harga tiket pasti akan diumumkan dalam masa terdekat. Jadi sementara menunggu perjalanan yang penuh dengan kejutan, nostalgia, dan semua hal berkaitan Shin Chan – nantikan pengumuman oleh acolab dalam masa terdekat!

Kredit: acolab

Bagi mereka yang tidak tahu tentang acolab, ia adalah kafe anime mesra muslim yang direka untuk membawa pengalaman menjamu selera yang unik. Bertema anime, anda boleh menikmati makanan yang lazat dan mengasyikkan diri dalam dunia anime. Malah, kafe tersebut turut rajin mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi, serta menjual barangan eksklusif yang sukar ditemui.

Jika berminat, anda boleh mengunjung acolab di Pavilion Bukit Jalil, Level 3 Pink Zone.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crayon Shin-Chan Experience
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter: Wilds – Gameplay Baharu, Focus Mode, Great Sword!

Next Post

Type-Moon Umum ‘Fate/stay night REMASTERED’, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED’ & ‘Fate/EXTRA Record’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Type-Moon Umum ‘Fate/stay night REMASTERED’, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED’ & ‘Fate/EXTRA Record’

Type-Moon Umum 'Fate/stay night REMASTERED', 'Fate/hollow ataraxia REMASTERED' & 'Fate/EXTRA Record'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd