Membawa versi yag direka semula daripada klasik PS1 bersama pelbagai kandungan dan ciri baru, Crash Team Racing terbukti menjadi sebuah permainan video yang cantik dan mencabar pada masa yang sama.
Crash Team Racing adalah game lumba yang seronok bermain sendiri atau bersama kawan-kawan dan telah mencapai satu tahap kehebatan yang hanya boleh dicapai setelah mengikut rekaan asal dan ikonik versi Crash Team Racing asli.

Jalan Cerita
Jalan cerita untuk Crash Team Racing sebenarnya agak mudah untuk difahami. Seorang raja makhluk asing yang dikenali sebagai Nitros Oxide telah memilih Bumi sebagai medan pertempuran untuk membuktikan kehebatannya di litar lumba. Sekiranya Crash dan kawan-kawan gagal untuk menewaskannya, planet mereka akan dimusnahkan oleh ancaman jahat tersebut.
Sistem Permainan
Selepas pengenalan enak ini, korang diminta untuk memilih watak sebelum dibawa ke dalam dunia hub yang pertama. Portal untuk setiap litar terletak di seluruh dunia Crash, dan ruang-ruang di antaranya menjadi sebuah kawasan untuk pemain baru mengasah kebolehan memandu mereka.
Setiap dunia mengandungi empat perlumbaan standard di barisan litar yang pelbagai, banyak daripadanya diilhamkan oleh pengembaraan asal Crash Bandicoot. Setiap litar ini telah dicantikkan semula untuk platform moden dan memang kelihatan hebat dan lawa.
Drifting, salah satu ciri utama di Crash Team Racing, diubah menjadi Powerslide dengan tambahan gauge bar, yang jika dipenuhi, akan berubah kepada sebuah boost sementara dengan satu tekanan butang yang tepat. Handling pula rasa sangat selesa, dengan tekanan yang cukup untuk membelok di sudut-sudut tajam dan melanggar musuh-musuh merasa lebih puas hati daripada sebelum ini atas faktor peningkatan visual. Ini ialah sedikit gameplay pendek daripada kami di Gamersantai:
Aspek Customization
Terdapat pelbagai pilihan customization untuk setiap playable character. Setiap satu daripada mereka dibanjiri dengan macam-macam skin hebat yang boleh dibuka, sticker, dan juga pilihan kenderaan. Korang hanya perlu bermain sebagai satu watak khusus untuk membuka setiap cosmetic watak tersebut. Perkara yang sama utuk watak. Hanya ulang proses ini sehingga memiliki semua.
Rumusan
Crash Team Racing: Nitro-Fueled adalah remake yang menakjubkan untuk sebuah permainan video klasik, dan memperkenalkan maskot kesayangan PS1 ini kepada generasi baru pemain muda. Walau bagaimanapun, ini mungkin terlalu sukar untuk pemain muda, jadi lebih baik korang yang baru nak cuba ni mula kat easy mode. Korang boleh cuba main Crash Team Racing: Nitro-Fueled di Nintendo Switch, Xbox One, dan PlayStation 4. Jangan terlepas salah satu daripada game terbaik 2019 ini!
@gamersantaimy
The Review
Crash Team Racing: Nitro-Fueled
Crash Team Racing: Nitro-Fueled adalah remake yang menakjubkan untuk sebuah permainan video klasik, dan memperkenalkan maskot kesayangan PS1 ini kepada generasi baru pemain muda.
Discussion about this post