Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Coway Malaysia Pecat Pekerja Kerana Main PS4 Semasa Kerja, Mahkamah Setuju!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2024
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Coway Malaysia Pecat Pekerja Kerana Main PS4 Semasa Kerja, Mahkamah Setuju!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang bekas pekerja Coway Malaysia gagal dalam usahanya untuk mencabar pemecatan yang berlaku selepas dia ditangkap bermain permainan video PlayStation 4 (PS4) semasa waktu kerja.

Menurut Wanuxi, Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa Coway (Malaysia) Sdn Bhd bertindak berlandaskan haknya apabila menamatkan perkhidmatan Syaireel Ammir Musa kerana melanggar dasar syarikat.

Kredit: Coway Malaysia

Syaireel, yang mula bekerja sebagai jurulatih teknikal junior pada 2015, ditangkap oleh pengurus jabatan, Nur Amirul Sawaludin, sedang bermain konsol permainan Sony PlayStation 4 bersama-sama beberapa kakitangan bawahan di premis syarikat antara 23 hingga 26 Ogos 2022.

Syarikat itu menjalankan siasatan dalaman selepas menerima aduan daripada Nur Amirul, yang akhirnya membawa kepada pemecatan Syaireel pada 4 November 2022.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Mohd Zulbahrin Zainuddin, dalam keputusannya menyatakan bahawa tiada sebarang penyelewengan yang berlaku dalam proses siasatan yang dijalankan, dan keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Syaireel adalah sah.

“Jelas daripada pengakuan pihak penuntut (Syaireel) bahawa dia bermain ‘video game’ semasa waktu kerja, yang mana ini melanggar peraturan syarikat.

“Dia sepatutnya sedar bahawa terlibat dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja semasa waktu kerja bukan sahaja melanggar peraturan yang sedia ada tetapi juga bertentangan dengan ajaran agama,” kata Zulbahrin dalam penghakimannya yang bertarikh 2 Oktober.

Beliau turut menambah bahawa tindakan Syaireel yang secara inisiatif sendiri menjadikan premis syarikat sebagai tempat untuk bermain permainan video sebagai cara melepaskan tekanan adalah satu lagi pelanggaran terhadap peraturan syarikat.

“Pertamanya, bermain permainan video sendiri adalah satu kesalahan, dan keduanya, tiada kebenaran daripada syarikat untuk melakukan perkara itu,” katanya.

Dalam siasatan dalaman, Syaireel juga mengakui bahawa bermain permainan video semasa waktu kerja adalah satu kesalahan.

Zulbahrin menyatakan bahawa Syaireel gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan terdapat unsur ‘mala fide’ atau niat buruk sepanjang proses siasatan dalaman tersebut.

“Syarikat berjaya membuktikan, berdasarkan imbangan kebarangkalian, bahawa penamatan perkhidmatan penuntut dilakukan dengan sebab dan alasan yang munasabah,” tambahnya.

Kredit: Mahkamah Perusahaan Malaysia

Keputusan ini menegaskan hak majikan untuk menegakkan disiplin di tempat kerja dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja yang melanggar peraturan syarikat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiatempatan
ShareTweetSend
Previous Post

Menguasai Metaphor: ReFantazio – Panduan Lengkap untuk Pemain Baharu!

Next Post

Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA

Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd