Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Costume alternatif Genshin Impact sudah tersedia untuk digunakan!

Maira by Maira
January 28, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Costume alternatif Genshin Impact sudah tersedia untuk digunakan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan yang lalu, miHoYo telah memperkenalkan design untuk empat costume alternatif untuk Genshin Impact. Akhirnya semua pemain sudah boleh menukar costume untuk Jean, Mona, Amber dan Rosaria dalam kemas kini versi 2.5 yang baru. Sesiapa yang log masuk ke dalam game bermula 27 Januari akan mendapatkan reka bentuk baru ini secara percuma. Tetapi jika anda tidak log masuk semasa kemas kini 2.5, anda mungkin terpaksa menggunakan cara lain untuk mendapatkannya.

Pakaian ini akan tersedia selama 30 hari selepas anda mendapatkannya. Selepas menuntutnya, anda boleh pergi ke menu watak untuk bertukar kepada pakaian baru ini. Di dalam menu itu, anda hanya perlu menekan butang tersedia untuk costume tersebut. Pakaian original untuk Amber, Jean, Mona dan Rosaria masih lagi tersedia, jadi anda tidak perlu bimbang mengenainya.

Antara kesemua watak yang diberikan costume percuma ini, hanya Amber sahaja watak yang percuma manakala yang lain anda perlu gacha untuk mendapatkannya. Jika anda berjaya mendapatkan watak-watak tersebut, costume baru ini akan tersedia secara automatik.

MiHoYo juga mengumumkan bahawa costume alternatif ini akan digunakan untuk watak dalam banner, dalam game, dan untuk animasi selepas kemas kini versi 2.5. Dalam versi 2.5, anda akan melihat NPC dan banner yang menunjukkan watak-watak ini dalam pakaian terbaru tersebut. Selepas versi 2.6, watak-watak ini akan ditunjukkan dalam scene animasi. Perubahan ini berlaku kerana pakaian ini menjadi costume tetap untuk watak tersebut dalam server China.

Anda boleh melihat design sebelum versi 2.5 yang digunakan dalam server China untuk kesemua costume tersebut melalui pautan ini. Harap anda gemar pada costume baru yang tersedia dalam Genshin Impact ini. Agaknya watak mana yang akan mendapat layanan yang sama? Boleh kongsikan pendapat anda kepada kami. Selain itu, anda boleh melawat booth Genshin Impact yang tersedia di Sunway Velocity. Jangan lupa singgah sebab ianya masa terhad. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.

Sumber: siliconera, hoyolab

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AmberCostumeGenshin ImpactJeanMonaRosaria
Previous Post

Attack on Titan merupakan anime yang mendapat permintaan tinggi 2021 menurut analisis!

Next Post

Graffiti Revenant Apex Legends di Ipoh! Memang hebat sungguh!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Graffiti Revenant Apex Legends di Ipoh! Memang hebat sungguh!

Graffiti Revenant Apex Legends di Ipoh! Memang hebat sungguh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd