Setiap tahun ada saja yang membuat lamaran kepada teman lelaki atau wanita dengan menggunakan pelbagai cara. Baru-baru ini, seorang Xbox Gamer yang dikenali sebagai Sad-Team-7190 di Reddit telah berkongsi cerita di mana dia telah melamar teman wanitanya dengan menggunakan “custom controller”.
Controller tersebut telah diubah suai dengan mengenakan corak “camouflage” dan menggunakan warna merah jambu. Joystick dan gamepad yang ditampilkan pula berwarna merah jambu yang lebih menyerlah. Gambar tersebut juga menampilkan sebentuk cincin bersama-sama perkataan “Wilya Maramie” atau “Will you marry me” yang telah diukir di atas controller.

Menurut Sad-Team-7190, dia terpaksa menggunakan controller untuk melamar kerana teman wanitanya tidak suka dengan tabiatnya yang asyik membeli controller baharu. Controller tersebut hanya sebagai “gimmick” supaya teman wanitanya tidak perasan yang lamaran sedang menantinya dan sekali gus menjadikan satu elemen kejutan. Dia telah mengesahkan yang mereka berdua telah bertunang sejak bulan Julai yang lepas.
Post tersebut telah menerima banyak respons yang pelbagai dan bukan semuanya adalah positif. Ada yang mengatakan bahawa idea yang digunakan adalah “Cringe” dan tidak bersetuju dengannya. Sudah pasti ada yang mengatakan yang bahawa idea itu sangat comel.

Idea ini lagi bernas jika teman wanita atau lelaki tersebut adalah seorang gamer tegar dan sudah pasti mereka akan menyukainya. Jadi, korang boleh sudah mula fikir macam mana nak melamar teman lelaki atau wanita masing-masing. Kalau nak ikut cara Sad-Team-7190 dengan menggunakan controller Xbox pun sudah cukup cantik.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post