Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Contra: Operation Galuga Bakal Lancar pada Mac ini, Demo & Pra-tempah Sudah Tersedia!

Maira by Maira
February 23, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Contra: Operation Galuga Bakal Lancar pada Mac ini, Demo & Pra-tempah Sudah Tersedia!

Sumber: Konami

0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited dan WayForward telah mengumumkan Contra: Operation Galuga, game run-‘n’-gun yang kembali untuk platform moden! Game ini bakal dilancarkan pada 13 Mac ini di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Kalau anda inginkannya, bolehlah pra-tempah sekarang.

Sumber: Konami

Untuk menyediakan pemain sebelum memulakan aksi mereka, demo rasmi Contra: Operation Galuga sudah boleh dimainkan di platform masing-masing. Antara kandungan yang anda boleh alami dalam demo adalah stage pertama dan ketiga game dan bermain secara solo atau sehingga 4 orang. Kalau anda berjaya menyelesaikan demo tersebut, kandungan bonus dalam game penuh akan dibuka.

Buat anda yang ingin melihat bagaimana gameplay game ini, boleh rujuk video trailer di bawah!

Membawa semula game Contra yang dilancarkan pada 1980, Contra: Operation Galuga membenarkan pemain untuk memilih sekumpulan komando elit, termasuklah protagonis Bill Rizer dan Lance Bean sambil mereka mencabar lapan stage menentang mahkluk asing yang dikawal oleh kumpulan penentang, Red Falcon.

Sumber: Konami

Senjata-senjata ikonik seperti Spread Shot, Crush Bombs dan Laser Beam juga tersedia dalam game baharu ini. Kebolehan watak tertentu seperti double-jump, sliding, grappling dan kuasa baru untuk senjata Overload juga menambah pilihan untuk ofensif dan defensif. Pemain sudah tentu boleh harapkan kesengitan yang hebat semasa bermain mode Story, Arcade dan Challenge.

Sumber: Konami

Pengalaman bermain juga ditingkatkan dengan muzik hebat, seni dan naratif daripada kumpulan kolaborasi hebat. Skor utama dicipta oleh komposer Yuko Komiyama dan Norihiko Hibino dari Scarlet Moon dan menampilkan sinematik Contra seperti komposisi asal.

Sumber: Konami

Cerita dan plot game telah dirangka bersama dengan Dai Sato dan Naruki Nagakawa dari Storyriders Inc. dan ilustrasi utama game ini disediakan oleh artis cover Marvel terkenal, David Nakayama. Rakan kerjasama lain, termasuk pelakon suara sensasi game, akan diumumkan kemudian.

Sumber: Konami

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pra-tempah game sekarang untuk kembali alami kesengitan dalam Contra: Operation Galuga! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: contraContra: Operation Galuga
ShareTweetSend
Previous Post

Project L Kini Dikenali Sebagai 2XKO, Game Fighting Berlatarkan League of Legends!

Next Post

Filem Borderlands Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Pada Ogos 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Borderlands Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Pada Ogos 2024!

Filem Borderlands Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Pada Ogos 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd