Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Competitive shooter terbaru oleh NetEase, DISORDER akan keluar pada 28 Febuari! Pre-register sekarang!

Selepas CBT yang sukses, game ini akan dikeluarkan untuk pada bulan depan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Competitive shooter terbaru oleh NetEase, DISORDER akan keluar pada 28 Febuari! Pre-register sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Disorder ialah game team-based competitive shooter yang dibangunkan oleh NetEase Games, dan disediakan untuk gamers-gamers di negara-negara terpilih Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Sejak closed beta test, game ini telah menerima banyak pujian dan ulasan-ulasan yang bagus. Disorder berlangsung dalam dunia realiti lain di mana pemain dapat menikmati peperangan yang mendebarkan, permainanan co-op menarik, gaya seni yang cantik, dan dunia yang inovatif.

Selepas mengumpul maklum balas dan cadangan pemain dari ujian beta, NetEase Games telah mengoptimumkan permainan dan mengumumkan bahawa Disorder akan dikeluarkan di Asia Tenggara pada 28 Februari. Sebagai tanda penghargaan untuk para pemain, Disorder menyediakan pelbagai ganjaran eksklusif untuk pemain yang pra-daftar. Ganjaran ini termasuk 888 Kredit, tiga kad Double EXP (2 JAM), tiga kad Double Coins (2 JAM), sepuluh Battle Remarks, dan satu Speaker. Selain itu, ganjaran tambahan akan diberikan berdasarkan jumlah pemain yang pra-daftar.

Dengan gameplay yang tertumpu pada sistem pertempuran unik dan naratif yang imersif, Disorder menawarkan lebih daripada 20 watak, masing-masing dengan playstyle yang berbeza. Setiap watak mempunyai tugas dan posisi yang berlainan di medan perang dan memiliki set Talent dan senjata khusus mereka. Pemain boleh membangunkan taktik yang berbeza berdasarkan kebolehan mereka untuk menyusun skuad bagi menangani pelbagai cabaran di atas medan perang. Di samping itu, Disorder juga memperkenalkan pelbagai mode permainan, seperti ULF, Single Base Battle dan Multi-Base Battle. Lebih banyak mode permainan baru akan tersedia pada masa akan datang. Pra-daftar Disorder sekarang laman web rasmi mereka!

 

PRA-DAFTAR SEKARANG!!

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: disorderMobilenetease gamesShooter
Previous Post

Satu lagi game besar Dying Light 2 ditangguhkan!

Next Post

Ini adalah Hero yang boleh dimainkan dan screenshot terbaru Fast & Furious Crossroads!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ini adalah Hero yang boleh dimainkan dan screenshot terbaru Fast & Furious Crossroads!

Ini adalah Hero yang boleh dimainkan dan screenshot terbaru Fast & Furious Crossroads!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd