Comic Fiesta 2022 secara rasminya bermula hari ini, dan salah satu acara yang diadakan adalah sesi Q&A tentang “lakonan suara” Malaysia bersama tiga individu yang aktif dalam industri sekarang iaitu: Azman Zulkiply, Su Ling Chan & “Uncle” Ali Imran, ketiga-tiganya pernah terlibat dalam projek game “No Straight Roads” oleh Metronomik dan beberapa projek individu lain.

Kami sempat menghadiri panel berkenaan yang membincangkan tentang situasi lakonan suara di Malaysia, jadi berikut adalah rumusan acara:

Apabila ditanya tentang organisasi atau komuniti lakonan suara di Malaysia, rupa-rupanya ada komuniti tempatan di mana pelakon/bakat suara Malaysia berkumpul. Dipanggil Voice Guild Malaysia, di sinilah mereka berkumpul dan membincangkan pekerjaan. Sudah tentu, terdapat beberapa peraturan dan yuran untuk orang sertai tetapi semuanya memberi manfaat kepada ahli. Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengetahui kadar gaji untuk kerja lakonan suara, sama ada dalam game, pengiklanan dan sebagainya.
Ada yang tertanya bagaimana mereka mula aktif dalam lakonan suara sebagai kerjaya dan semuanya jawab bahawa mereka bermula dengan melakukan pekerjaan pengiklanan. Akhirnya, mereka mula menyuarakan projek lagi besar seperti game dan anime/animasi. Tetapi bagi Azman Zulkiply, dia sebenarnya adalah jurulatih/guru untuk lakonan suara, jadi dia banyak melakukan lakonan suara, kadang-kadang untuk projek akhir pelajarnya.
Ketika pandemik muncul, ternyata industri lakonan suara juga banyak terjejas dan masing-masing perlu menghadapi beberapa perubahan. Apabila bekerja daripada jauh, kebanyakannya menghubungi atau membincangkan projek menggunakan platform seperti zoom, skype tetapi semasa merakam, proses itu hanya melibatkan jurutera bunyi dan pelakon itu sendiri. Di sini, Su Ling juga menceritakan tentang setupnya untuk merakam suara yang menelan kos sekitar RM 500 untuk setup PVC manakala booth Taobao menelan kos sebanyak RM8000.
Sama seperti mana-mana kerjaya, industri lakonan suara pun terbukti sangat susah terutamanya jika anda ingin pergi ke peringkat antarabangsa. Daripada berputus asa, mereka menghantar portfolio sebanyak mungkin kepada mana-mana studio dan mengakui dengan “lebih ratusan bakat di seluruh dunia, ia benar-benar tembok yang sukar untuk ditembusi.”
Su Ling berkongsi bagaimana dia berjaya mendapat watak untuk anime Kageki Shoujo dan sebenarnya ia perlukan hampir setahun untuk dia mendapat kerja itu oleh Funimation. Walaupun peranan itu hanya watak sampingan tanpa nama, dia tetap gembira dan bangga.
Beralih ke topik seterusnya, ia menyentuh tentang pengalaman mereka di game “No Straight Roads”. Salah satu pengunjung bertanya “bagaimana mereka mendapat peranan untuk game itu?.” Jawapan yang diberikan adalah melalui “temuduga”; tiada langsung istilah “kabel” atau sebagainya. Mereka pergi sahaja ke temuduga dan bernasib baik untuk mendapat peranan dalam game.
Selain peluang kerja, setiap pelakon suara juga memiliki satu lagi isu mereka perlu hadapi iaitu contoh watak yang sukar disuarakan.
Bagi Azman Zulkiply, dia memang bergelut untuk menyuarakan penjahat dalam BoBoiBoy manakala Uncle Ali mengalami kesukaran menyuarakan watak bernada tinggi. Bagi Su Ling, ia adalah watak ibu Yang Jian dalam New Gods Yang Jian. Walaupun menghadapi masa yang sangat sukar pada masa itu, dia mengaku itu adalah persembahan terbaiknya setakat ini.
Akhir sekali, mereka berkongsi nasihat untuk para pengunjung yang ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan suara. Antaranya ialah:
- Baca apa-apa sahaja (skrip, surat khabar, majalah, dll) dan rakam suara anda. Cubalah untuk kenal pasti sama ada anda sesuai untuk kerja seperti ini.
- Cuba tiru/parodi watak untuk mencari gaya yang sesuai dengan anda.
Ini baru hari pertama kami di Comic Fiesta! Untuk gambar acara dan liputan penuh, korang boleh ikuti media sosial kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post