Like A Dragon Ishin! merupakan sebuah game spin-off daripada francais Yakuza dengan menampilkan seorang samurai legenda Sakamoto Ryoma dan bakal dilancarkan pada 21 Februari 2023. Bersempena dengan pelancaran tersebut, Ryu Ga Gotoku Studio bersama SEGA telah melancarkan “Combat Demo” Like A Dragon: Ishin! secara percuma di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Kyo pada era 1860-an (versi fiksyen Kyoto) dibelenggu oleh pemerintahan yang tidak adil, maka seorang samurai akan mengubah sejarah dalam misi untuk mencari keadilan.
Angkat pedang Sakamoto Ryoma dan pergi ke Kyoto untuk mencari pembunuh bapa anda, bersihkan nama anda daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain, dan pulihkan maruah anda. Dengan berbuat demikian, anda akan menamatkan era samurai dan mengubah masa depan Jepun selama-lamanya.
Keluarkan pedang, isikan senapang anda dan sertai revolusi dalam pengembaraan bersejarah hebat ini yang hanya boleh dihasilkan oleh pencipta Yakuza: Like a Dragon.

Berkenaan “Combat Demo”, Ishin mempunyai 4 gaya pertempuran aka “Killer Style”. Pertama, anda boleh membunuh musuh dengan katana maut menggunakan Swordsman style atau menembak dari juah dengan revolver menggunakan Gunman style. Seterusnya, anda boleh gunakan senapang dan pedang dengan Wild Dancer style. Jika tidak, korang boleh berdepan menggunakan Brawler style.
Bukan itu sahaja, RGG Studio juga masukkan Heat Action (sejenis finisher) yang menjadi sangat ikonik dalam game Yakuza. Untuk Ishin, kita boleh menyeru harimau untuk menyerang musuh, memaksa jeruk ke dalam mulut musuh, gunakan meriam untuk meletupkan musuh, dan lain-lain.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Like A Dragon: Ishin! akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Kepada yang berminat untuk mendapatkan game ini, anda boleh mencuba terlebih dahulu “Combat Demo” Like A Dragon: Ishin! di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post