Siapa sahaja tidak mengenali Tencent, salah satu syarikat game terbesar di dunia. Nampaknya mereka akan mengeluarkan satu game Wuxia baru. Dibangunkan oleh Lightspeed Studios (PUBG Mobile, Apex Legends Mobile), Code: To Jin Yong merupakan game open-world Wuxia yang berdasarkan dunia novel yang ditulis oleh Jin Yong. Buat sementara ini hanya video teaser yang telah dikeluarkan mendedahkan gameplay game tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, Code: To Jin Yong ini menggunakan Unreal Engine 5 (UE5). Game baru ini akan memaparkan wira-wira legenda berdasarkan dunia penulisan Jin Yong dan akan dilancarkan ke seluruh dunia pada masa hadapan. Pemain juga boleh menantikan pengembaraan di dunia yang luas serta aksi pertahanan diri yang hebat.
Untuk anda yang tidak mengenali Jin Yong, dia seorang penulis yang terkenal dengan penulisan wuxia. Antara karyanya yang terkenal ialah “The Legend of the Condor Heroes”. Rasanya ada antara anda mesti pernah dengar mengenainya. Malah trilogi novel itu juga telah terjual lebih 300 juta salinan dan diterjemah ke pelbagai bahasa.

Lightspeed Studios tidak mendedahkan lagi platform dan tarikh rasmi untuk game ini dilancarkan. Tetapi jika melihat pada video teaser, nampaknya ia akan keluar ke PC dan konsol next-gen. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman selanjutnya daripada pihak pembangun. Anda boleh melihat video tersebut di bawah ini:
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post