DMM Games telah mengumumkan bahawa permainan sosial, Code Geass: Lelouch of the Rebellion Lost Stories sedang memulakan semula proses pembangunan dengan f4samurai sebagai pembangun. Syarikat itu juga mendedahkan bahawa permainan itu juga akan dilancarkan ke PC dan versi mobile pada musim bunga 2022. DMM Games juga mendedahkan video teaser untuk mempromosikan permainan itu.
Bukan itu sahaja, syarikat itu juga mendedahkan visual baru oleh Yuriko Chiba dan Eiji Nakada, pengarah anime Code Geass.

Code Geass: Lelouch of the Rebellion Lost Stories akan menampilkan cerita baru dengan lakonan suara penuh. Segmen dengan Knightmare Frames juga dihasilkan penuh dalam 3D. Watak utama permainan yang direka oleh Shirabi memperkenalkan dua reka bentuk berlainan jantina. Jadi pemain boleh memilih untuk memegang watak lelaki atau perempuan dalam permainan. Anda akan bekerja dengan Lelouch dan Order of the Black Knights pada permulaan permainan.

Pendulum ialah reka bentuk Knightmare Frame yang asal direka oleh Astrys untuk permainan itu. Watak utama akan memandu Pendulum dalam cerita permainan.

Permainan aksi RPG ini pada mulanya dijadualkan untuk dilancarkan pada musim sejuk 2017 sebagai permainan browser PC. Tetapi ia kemudiannya disenaraikan tanpa tarikh pelepasan. Code Geass: Lelouch of the Rebellion Lost Stories juga akan dilancarkan untuk DMM Games Player untuk Windows, iOS dan Android. Kumpulan rock, FLOW yang juga menyanyikan lagu pembukaan anime Code Geass juga kembali untuk mempersembahkan lagu tema permainan bertajuk “Pendulum.” Permainan ini akan percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam permainan tersedia.
Code Geass juga mempunyai mobile game lain yang bertajuk, Code Geass: Genesis Re;CODE yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Code Geass, sila klik pada pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post