Peminat Call of Duty kini boleh bergembira kerana CoD: Warzone 2 telah tersedia untuk di muat turun secara percuma pada konsol dan PC. Game ini merupakan sekuel kepada CoD: Warzone 1, sebuah game battle royale yang popular dikeluarkan pada tahun 2020. Warzone 1 telah mencapai jumlah yang mengagumkan iaitu sebanyak 85 juta pemain pada 2020 dan meningkat kepada lebih 100 juta pada tahun lepas.

CoD: Warzone 2 telah menambah beberapa ciri baru pada gameplay battle royale standard iaitu Circle Collapse yang akan spawn beberapa safe circle di seluruh peta. Mekanik The Gulag daripada Warzone 1 juga muncul kembali, tetapi ia merupakan pertempuran 2v2 untuk versi kali ini.
Disebabkan kejayaan Warzone dan populariti francais Call of Duty melonjak naik, terdapat banyak khabar angin tentang pelancaran Warzone 2 sebelum ini. Kini, para peminat tidak perlu menunggu lagi.
Activision sebelum ini telah mengesahkan bahawa Warzone 2 akan dilancarkan pada 17 November jam 2 pagi mengikut waktu Malaysia dan pemain boleh mengakses game ini selepas memuat turun pek permainan dalam CoD: Modern Warfare 2. Sama seperti Modern Warfare 1 dan Warzone 1, Warzone 2 juga disambungkan kepada Modern Warfare 2 kerana kedua-dua game ini menggunakan aplikasi yang sama.

Berkenaan tentang CoD: Warzone 1, anda harus tahu bahawa Activision telah memadamkan servis game itu untuk memberi jalan kepada CoD: Warzone 2. Namun mereka akan membuka semula servis game tersebut dan menukar tajuknya kepada Call of Duty: Warzone Caldera pada 29 November pada pukul 2 pagi waktu Malaysia.
Ini bermaksud anda tidak akan dapat bermain CoD: Warzone 1 dalam tempoh 12 hari. Walaupun begitu, sesiapa yang pernah bermain CoD: Warzone 1 akan menerima beberapa item sebagai hadiah dalam CoD: Warzone 2. Jadi anda digalakkan untuk mencuba game terbaru ini.

Selain mode battle royale, CoD: Warzone 2 akan menampil mode baru iaitu DMZ yang lebih fokus pada survival dan extraction. Anda akan ditugaskan untuk mencari loot dan melarikan diri melalui safe zone sambil berlawan dengan pemain lain atau AI.
Sekali lagi saya ingatkan Call of Duty: Warzone 2 kini tersedia secara percuma untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Call of Duty, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post