Seperti yang diumumkan, Call of Duty: Modern Warfare III akan mengadakan sesi beta multiplayer. Nampaknya tarikh untuk sesi beta telah pun diumumkan! Walaupun begitu, sesi beta multiplayer Modern Warfare III bermula pada platform PlayStation. Bermakna pemain PS dapat mencuba multiplayer Modern Warfare III sebelum ia tersedia untuk platform lain.

Sesi beta multiplayer COD: Modern Warfare III akan dijalankan selama dua minggu. Minggu pertama bermula pada 7 Oktober sehingga 11 Oktober 2023 untuk pemain PS. Bermula 13 Oktober sehingga 16 Oktober, barulah semua pemain daripada pelbagai platform boleh mencuba beta tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ciri crossplay turut disokong.

Untuk mendapatkan akses dua hari awal, anda perlu pra-tempah game tersebut. Jadi kalau anda berminat untuk mencubanya lebih awal, kenalah pra-tempah Modern Warfare III sekarang!
Tentang Call of Duty: Modern Warfare III
Buat pertama kali dalam beberapa tahun berturut-turut, Call of Duty kembali dengan sekuel Call of Duty: Modern Warfare III yang berlaku selepas peristiwa dalam Call of Duty: Modern Warfare II. Pengalaman serba baharu ini dijadualkan untuk lancar pada 10 November 2023 untuk PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC.
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan kemas kini baharu mengenainya. Untuk mendapatkan berita terkini tentang Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post