Studio indie One More Game telah mengumumkan bahawa SWAPMEAT, sebuah third-person shooter berkonsepkan roguelite co-op yang unik, bakal dilancarkan pada tahun 2025 untuk PC dan macOS melalui Steam.
Dalam game ini, pemain boleh menukar bahagian tubuh dengan makhluk asing untuk mencuri abiliti mereka, menjanjikan pengalaman yang huru-hara tetapi penuh strategi.
Bersempena pengumuman tarikh pelancaran ini, One More Game turut mendedahkan butiran mengenai sesi ujian terbuka Meat Lab 5 yang akan berlangsung dari 16 hingga 23 Mei. Pemain yang berminat boleh mendaftar untuk akses di laman rasmi playSWAPMEAT.com.
Trailer baharu yang menonjolkan gameplay ‘pertukaran daging’ yang aneh dan menghiburkan kini boleh ditonton di YouTube. Playtest ini turut menawarkan akses terjamin kepada kumpulan jika pemain merujuk tiga rakan—selagi stok masih ada—sekali gus menjadi peluang terbaik untuk merasai dunia game pelik ini bersama rakan-rakan.

Dalam SWAPMEAT, anda akan bermain sebagai saintis daging yang berkhidmat dengan Rangus Meats, sebuah syarikat antara galaksi. Tugas anda ialah menyerbu planet-planet paling pelik di alam semesta, terlibat dalam combat pantas gaya third-person, serta mengumpul sampel DNA daripada makhluk asing yang aneh sambil mengekstrak teras daging planet tersebut. Sama ada bermain secara solo atau dalam pasukan four-player co-op, anda akan menghadapi musuh-musuh yang unik dan bos bersaiz gergasi. Anda boleh merampas bahagian tubuh mereka—kepala, badan, kaki dan sebagainya—untuk mendapatkan abiliti yang mampu mengubah cara permainan. Dengan bantuan teknologi Smart Meat oleh Rangus Meats, pertukaran tubuh boleh dilakukan serta-merta, membolehkan anda menyesuaikan gaya bermain mengikut situasi.

Apa Yang Baru?
Playtest Meat Lab 5 memperkenalkan pelbagai penambahbaikan yang memberi gambaran tentang kandungan akhir permainan:
- Material Trader – Kenali Trader Mike, pedagang baru yang akan menyertai kapal anda di Solar System 1 untuk menawarkan pelbagai barangan dan urus niaga.
- Solar System 2 – Hadapi bos Mutant baharu dalam Mutant Space Wrestlers untuk merebut Space Federation Championship Edition Belt, sambil meneroka satu biom baharu yang merangkumi tiga planet.
- HUD Baharu – HUD kini tampil lebih kemas dan moden untuk pengalaman bermain yang lebih lancar.
- Penambahbaikan Sistem Pertempuran – Termasuk fungsi tukar senjata semasa bertempur, naik taraf senjata secara langsung, sistem Active Reload yang ditambah baik, serta sistem Elemental Damage dan Status Effect yang diperbaharui. Kebolehan, senjata, mutasi dan artifak juga menerima pelarasan keseimbangan serta penambahbaikan dari segi mekanik.
- Mekanik Pengumpulan – Kumpul sumber dari Fish Rifts, Mineral Veins, dan Ancient Technology untuk membuka serta menaik taraf ciri kapal anda—tetapi ingat, anda perlu berjaya melarikan diri dari planet untuk membawa pulang hasil tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post