Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia

Amir Haziq by Amir Haziq
May 11, 2021 - Updated on October 1, 2021
in Acara, Kejohanan esports
0 0
0
#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, MPL Malaysia akan menyatukan para pemain, keluarga dan juga peminat mereka dengan inisiatif #CloserTogether. Disebabkan nilai-nilai murni Hari Raya sangat rapat dengan MPL Malaysia, jadi Hari Raya ini komuniti boleh berkongsi detik meraikan kegembiraan mereka bersama keluarga dan orang tersayang.

Dalam situasi pandemik ini, agak sukar untuk komuniti MPL Malaysia menyambut perayaan bersama keluarga tercinta. Oleh itu, mereka telah melancarkan sambutan perayaan secara virtual untuk membawa pemain, peminat serta keluarga untuk #CloserTogether.

Merapatkan lagi pemain bersama keluarga

https://www.youtube.com/watch?v=OPzrVBlwl2s

Mobile Legends: Bang Bang telah berkongsi sebuah video di Youtube bertajuk Rhythm of The Soul yang mengisahkan tentang Haziq, pemain dari pasukan Todak bersama ayahnya mengenai kepentingan hubungan rapat antara keluarga. Haziq ingin mengejar impiannya dalam e-sukan tetapi mempunyai masalah untuk berkomunikasi bersama ayahnya yang tidak memahami tentang industri tersebut. Di dalam video ini juga, roh Haziq dan ayahnya telah bertukar jasad, dan disinilah bermulanya mereka memahami antara satu sama lain.

Kongsi mesej Hari Raya kepada pasukan kegemaran anda

MPL Malaysia akan menganjurkan kempen Hari Raya di media sosial bersama pasukan-pasukan MPL Malaysia. Anda dan para peminat game boleh mendapatkan “Ampau Raya Virtual” eksklusif dari pasukan MPL Malaysia dengan menyertai misi di laman web MPL Mobile Legend. Kempen ini akan bermula pada 10 sehingga 14 Mei 2021 dan peserta boleh memenangi Skin In-Game eksklusif yang akan dihantar terus ke inbox game anda!

Di samping itu, Peminat MPL Malaysia juga boleh menghantarkan mesej Hari Raya kepada pasukan kegemaran mereka melalui Facebook MPL Malaysia sepanjang kempen ini berlangsung. Para peminat yang bertuah juga berpeluang memenangi Ampau Raya fizikal dari pasukan kegemaran mereka!

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai kempen #CloserTogether ini! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, anda boleh saja layari Facebook MPL Malaysia dan laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #CloserTogetherMPL MalaysiaMPL Malaysia RayaRhythm of The Soul
Previous Post

PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!

Next Post

Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi pakej untuk Nintendo Switch dan PS4 pada 24 Jun!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki
Anugerah

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki

June 4, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Next Post
Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi pakej untuk Nintendo Switch dan PS4 pada 24 Jun!

Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi pakej untuk Nintendo Switch dan PS4 pada 24 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd