Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Clash Heroes Ditukar Ke ‘Project Rise’, Game Terbaru Oleh Supercell

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Clash Heroes Ditukar Ke ‘Project Rise’, Game Terbaru Oleh Supercell
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Supercell mengumumkan bahawa mereka telah mengubah (reboot) judul aksi RPG single-player mereka bertajuk “Clash Heroes” kepada game baharu yang diberi nama Project Rise. Kini sepenuhnya baharu, game ini digambarkan sebagai “social action RPG roguelite”.

Pemain boleh memohon untuk sertai ujian pre-alpha yang dijadualkan akan berlangsung pada awal Julai. Berita ini diumumkan melalui video yang anda boleh tonton di bawah:

Game Lead, Julien Le Cadre, berkata dalam video – “Clash Heroes sudah mati. Itu berita buruk. Berita baiknya ialah Project Rise masih adalah game Clash, dan berita yang lebih baik ialah ia kini merupakan RPG aksi yang memfokuskan kepada multiplayer.”

Kredit: Supercell

Pengurus komuniti ‘Frame’ menjelaskan lebih lanjut – “Project Rise bukanlah Clash Heroes, tetapi ia terletak di alam semesta Clash dan dibina dari awal sebagai aksi sosial RPG roguelite…jadi walaupun beberapa bahagian visual Clash Heroes masih ada, game ini adalah serba baharu, dan ia lebih memfokuskan kepada aspek sosial dan bermain bersama dengan pelbagai watak, bukannya hanya anda meneroka dungeon PvE.”

Kredit: Supercell

Dalam Project Rise, anda akan bermain sebagai watak Clash dan bekerjasama dengan dua pemain lain untuk meneroka tempat misteri yang dikenali sebagai The Tower. Setiap sesi berlangsung di tingkat berbeza dalam menara, jadi misi anda dan rakan-rakan adalah untuk mencapai tingkat paling tinggi mungkin.

Kredit: Supercell

Itu sahaja info yang diberi setakat ini, tetapi Supercell berjanji bahawa lebih banyak maklumat dan berita akan dikongsi pada YouTube mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Clash HeroesProject RiseSUPERCELL
ShareTweetSend
Previous Post

Manga My Hero Academia Akan Tamat Dalam 5 Bab Lagi – RASMI!

Next Post

Anime Paranormal Komedi ‘Dandadan’ Pamer Visual Baru, Bersama Tayangan Filem Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Paranormal Komedi ‘Dandadan’ Pamer Visual Baru, Bersama Tayangan Filem Khas!

Anime Paranormal Komedi 'Dandadan' Pamer Visual Baru, Bersama Tayangan Filem Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd