Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!
Share on FacebookShare on Twitter

2K hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Civilization: Eras & Allies, sebuah game strategi terbaru untuk platform mobile yang diinspirasikan daripada siri ikonik Sid Meier’s Civilization.

Kini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play seluruh Malaysia, versi olahan semula ini membawa pengalaman siri Civilization ke skrin telefon dengan pertempuran berskala besar secara masa nyata, gameplay bermusim yang sentiasa berubah, serta peta multiplayer global yang dikongsi bersama ribuan pemain lain.

Dalam game ini, pemain akan memegang watak sebagai pemimpin, membina empayar sendiri dan mengarahkan tokoh-tokoh bersejarah terkenal seperti Joan of Arc dan Genghis Khan.

Dunia global permainan ini menampilkan persaingan sengit dan elemen diplomasi, dengan sehingga 6,000 pemain dalam satu server boleh membentuk Alliance atau berentap dalam pertempuran PvP masa nyata — semuanya dioptimumkan untuk pengalaman mobile tanpa mengorbankan kedalaman strategi.

Sempena pelancaran ini, 2K turut mempersembahkan trailer CGI bertajuk “Write Your Legend”, sebuah sinematik epik yang memaparkan skala game ini.

Trailer tersebut menonjolkan sistem Alliance, memperlihatkan bagaimana pakatan strategik boleh mengubah hala tuju sejarah dunia, diiringi visual pertempuran besar dan kebijaksanaan taktikal para pemimpin.

Apa yang Menanti Pemain

  • Pertempuran Masa Nyata Berskala Besar – Bina empayar dan sertai pertarungan PvP serta diplomasi mudah alih dalam server yang menampung sehingga 6,000 pemain.
  • Pemimpin Ikonik Dunia – Rekrut tokoh-tokoh terkenal dunia dan gunakan Sistem Bond untuk membuka sinergi taktikal unik, memberikan lebih kedalaman kepada setiap keputusan yang diambil.
  • Musim 30 Hari yang Sentiasa Berkembang – Format permainan bermusim memperkenalkan ganjaran, mekanik dan meta baharu setiap kitaran, memastikan pengalaman sentiasa segar.

Civilization: Eras & Allies boleh dimainkan secara percuma, mengajak pemain untuk mencipta semula sejarah atau membentuk pakatan berkuasa. Game ini kini tersedia di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Civilization: Eras & Allies
ShareTweetSend
Previous Post

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!
Berita

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

June 19, 2025
Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi
Temuramah

Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi

June 19, 2025
Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd