2K hari ini mengumumkan bahawa Civilization: Eras & Allies, game mobile strategy baharu yang diilhamkan daripada siri terkenal Sid Meier’s Civilization, telah berjaya mencatatkan lebih 1.2 juta pra-pendaftaran.
Kejayaan ini membawa pemain lebih dekat untuk membuka ganjaran peringkat akhir sebelum game dilancarkan secara rasmi.
Sebagai penghargaan atas pencapaian ini, semua pemain akan menerima 10 Museum Ticket, yang akan dihantar terus ke peti masuk dalam game pada hari pelancaran. Tiket-tiket ini memberi akses percuma kepada Hero banner terhad di Museum, di mana pemain berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan Hero eksklusif.
Ganjaran ini melengkapkan senarai hadiah yang telah dibuka melalui pra-pendaftaran, memberikan pemain awal kelebihan sumber berharga untuk membina empayar mereka.
Dalam Civilization: Eras & Allies, pemain akan memimpin tokoh sejarah ikonik, membentuk pakatan, dan bersaing untuk menguasai dunia yang berkembang secara masa nyata. Dengan kandungan musiman yang dinamik dan kemajuan yang merentasi pelbagai era, setiap kempen menjanjikan pengalaman permainan yang unik.
Pra-pendaftaran masih dibuka di App Store dan Google Play, dengan lebih banyak ganjaran yang boleh dibuka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post