Dengan pelancaran ciri “cross-progression”, pemain boleh menggabungkan semua akaun Overwatch mereka untuk membawa kemajuan dan setiap kosmetik in-game ke dalam Overwatch 2 dalam satu profil.
Mulai 17 Ogos, setiap pemain dengan “linked” akaun konsol akan diminta semasa log masuk untuk mengenal pasti, memilih dan mengesahkan akaun yang anda ingin gabungkan. Sebaik sahaja diluluskan, Bllizzard akan menyiapkan akaun anda untuk proses gabung semasa pelancaran Overwatch 2.

Jadi, platform mana yang menyokong cross-progression di Overwatch 2? Menurut Blizzard, senarai platform rasmi terdiri daripada Xbox, PlayStation, Nintendo Switch dan PC.
Bagi barang pula, semua item dalam Hero Gallery bagi semua platform akan termasuk dalam akaun battle.net yang digabungkan. Ini termasuk semua spray, emote, skin dan segala-galanya dalam tab in-game Hero Gallery. Salinan kosmetik yang sama di semua platform akan digabungkan kepada satu akaun battle.net.

Memandangkan akaun kita boleh dikongsi antara platform, adakah kita boleh meletakkan banyak akaun pada satu platform yang sama? Jawapannya adalah TIDAK. Hanya satu akaun bagi setiap platform boleh “link” bersama. Contohnya, jika anda mempunyai dua akaun pada PC, anda tidak dapat menggabungkan akaun tersebut. Perkara yang sama diaplikasikan untuk Xbox, PlayStation atau Nintendo Switch.
Anda hanya akan dapat satu peluang untuk menggabungkan akaun konsol, jadi pastikan diri menyemak semula akaun sebelum mengesah!

Mungkin ada di antara kalian yang masih mempunyai soalan, jadi Blizzard telah menyediakan jawapan khusus di halaman FAQ mereka di sini.
Overwatch 2 akan dilancarkan secara free-to-play di Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S pada 4 Oktober 2022 (akses awal).
@gamersantaimy
Discussion about this post