Acara State of Play telah berakhir, dan game pertama yang ditampilkan ialah Crash Bandicoot 4: It’s About Time. Dilancarkan pada tahun lepas untuk PS4, Crash Bandicoot 4 kini bersedia untuk menjadi salah satu game terbesar di PlayStation 5. Dengan memanfaatkan perkakasan PS5 yang canggih, pembangun Toys for Bob telah menunjukkan beberapa ciri baru yang hanya terdapat untuk sistem ini.
Crash Bandicoot 4 akan menawarkan resolusi 4K 60 FPS. Secara default, Crash Bandicoot 4 boleh dimainkan pada resolusi ini, tanpa bantuan apa-apa mod prestasi. Walaupun game ini tidak mempunyai visual intensif seperti permainan lain, ia masih menggembirakan untuk melihat Toys for Bob membuat peningkatan ini. Ramai peminat pun mesti hargai usaha mereka.
Selain resolusi 4K 60FPS, Toys for Bob juga mengesahkan sokongan untuk dua teknologi unik PS5. Pertama sekali, Crash Bandicoot 4 akan menyokong fitur adaptive trigger dalam alat kawalan DualSense. Kedua, Crash Bandicoot 4 akan menyokong audio spatial, yang menawarkan pengalaman audio 3D yang lebih baik ketika pemain menjelajah persekitaran permainan.
Penambahbaikan yang lebih umum untuk Crash Bandicoot 4 pula termasuk load time yang lebih cepat, serta Activity Card PS5 yang membolehkan pengguna melompat ke cabaran tertentu. Versi PS5 juga menyokong “save file” dari PS4 dan upgrade dari PS4-ke-PS5. Lebih banyak maklumat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Crash Bandicoot 4: It’s About Time kini tersedia di PS4 dan Xbox One, dan akan dilancarkan pada 12 Mac di PS5, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch. Sebuah versi PC dijangka akan menyusul pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post