Intel telah menjemput kami untuk menghadiri Intel Extreme Masters, di mana kami dapat melihat pameran mereka di SXSW Sydney Tech Expo, semua cip 14th Gen Desktop Processor baharu mereka, kad grafik Arc baharu dan beberapa kerjasama menarik dengan jenama lain.

Mengenai 14th Gen Desktop Processor
Pada 17 Oktober 2023, Intel baru sahaja mengeluarkan cip pemproses terpantas di dunia iaitu Intel Core 14th Generation yang diketuai oleh Intel® Core™ i9-14900K. Intel kini memberi tumpuan untuk menyokong lebih banyak Esports Gaming kerana ia juga sebab mengapa pemproses baharu mereka turut digunakan pada Kejohanan ESL Counter Strike 2 mereka.
Pemain hari ini bukan sahaja fokus pada gaming, tetapi kini lebih ramai pemain merakam gameplay mereka sendiri, strim, bersembang melalui Discord atau lebih ramai pemain tegar akan memuatkan video Youtube sebagai panduan kepada pemain-pemain lain. Intel memahami dengan tepat apa yang diperlukan oleh pemain pada masa kini, pemproses yang lebih kuat yang boleh mengendalikan pelbagai perisian, jadi mereka menjawab masalah ini dengan cip processor baharu mereka.

Sparkle Arc A750 — Pasangan baik 14th Gen Desktop Processor
Salah satu gabungan terbaik yang kami telah lihat di Intel ialah mereka menggabungkan 14th Gen Desktop Processor baharu mereka dengan kad grafik Sparkle Arc A750. Apabila bermain game seperti Assassin’s Creed Mirage dan Street Fighter 6, tiada langsung tanda-tanda penurunan resolusi atau frame rate pada game. Ia seolah-olah menunjukkan bagaimana rupa sebenar game.

Kolaborasi khas bersama Airspeeder
Intel bekerjasama dengan Airspeeder untuk meningkatkan peringkat seterusnya untuk e-sukan. Core Processor mereka membantu kawalan simulasi yang dibangunkan dengan lebih cekap, di mana anda boleh belajar cara membawanya dengan selamat sebelum menerbangkan benda sebenar ke langit. Mempamerkan kebolehan masa depan e-sukan, processor Intel akan membentuk sukan itu untuk memaksimumkan daya tarikannya kepada pelumba dan juga peminat.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri kehebatan cip terbaharu ini. Terdapat beberapa desktop tersedia yang dibina dengan cip pemproses baharu mereka yang menggandingkannya dengan Counter Strike 2 yang baru dilancarkan untuk membolehkan semua orang di ekspo ini mencuba apa yang digunakan oleh pemain profesional.

Kami telah bermain Deathmatch untuk merasai bagaimana rasanya bermain dengan setup Pro. Game betul-betul lancar, terutamanya apabila mengintip pemain AWP Sniper atau flick musuh berasa begitu seronok. Selain itu, kami juga mainkan Assassin’s creed Mirage dan grafiknya kelihatan sangat bagus, seperti apa yang ditunjukkan sebelum ini.
Cuma sayangnya, tidak semua game di Steam dapat mengendalikan kuasa 14th Gen Processor mereka yang baharu, menyebabkan beberapa crash pada game seperti Armored Core 6 dan Starfield. Walaupun begitu ia disebabkan oleh Steam Engine tidak dapat memproses processor tersebut . Tetapi dengan kuasa yang banyak ini, masa depan gaming nampaknya sangat menarik dan akan lebih kompetitif.
@gamersantaimy
Discussion about this post