Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

China Hero Project umum pelan fasa kedua – game PlayStation AAA terbaik dari China!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2023
in Action, Adventure, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG
0 0
0
China Hero Project umum pelan fasa kedua – game PlayStation AAA terbaik dari China!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikut kejayaan Genshin Impact yang dibangunkan oleh miHoYo, semua orang kini yakin bahawa game dari China juga mampu bersaing dengan judul-judul lain di seluruh dunia. Oleh itu, Sony Interactive Entertainment Shanghai muncul dengan idea PlayStation China Hero Project – sebuah program yang menyokong pemaju China untuk memasuki pasaran tempatan dan global dengan karya mereka.

Kini dalam fasa ketiga, mereka telah mendedahkan maklumat baru tentang game AAA yang sedang dalam pembangunan China Hero Project. Berikut adalah berita penuh!

Phantom Blade Zero

Dalam judul aksi RPG Phantom Blade Zero, kita akan bermain sebagai seorang pembunuh upahan bernama Soul yang disalah tuduh sebagai pembunuh Ketua organisasi “The Order”. Setelah diselamatkan oleh penyembuh mistik, Soul kini mempunyai 66 hari untuk membongkarkan siapa sebenarnya yang membunuh ketua The Order bagi membersihkan namanya.

Pemaju S-GAME akan mengeluarkan demo selama 30 minit untuk Phantom Blade Zero pada tahun 2024. Buat masa sekarang. game ini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 dan PC. Tarikh keluaran tepat masih belum diumumkan.

Selain itu, S-Game turut mengumumkan bahawa Phantom Blade: Executioners, sebuah game “side-scrolling action” akan datang ke PlayStation 5, PlayStation 4, PC melalui Steam, iOS dan Android pada tahun 2023.

Daba: Land of Water Scar

Daba: Land of Water Scar mengisahkan tentang seorang boneka tanah liat humanoid. Ketika dunia di ambang kehancuran, boneka itu mengesan punca air di dalam kota purba itu, dan sepanjang perjalanan terpaksa mengalahkan pelbagai musuh dan mencari jawapan, untuk merungkai kisah dunia dan dirinya sendiri. Semasa pembentangan ChinaJoy 2023, pemaju Dark Star telah mempamerkan gameplay selama 22 minit untuk judul aksi RPG ini.

Daba: Land of Water Scar sedang dibangunkan untuk PlayStation 5. Tarikh keluaran tepat masih belum diumumkan.

Lost Soul Aside

Satu lagi judul aksi RPG, Lost Soul Aside asalnya didedahkan pada tahun 2016 dan telah menarik perhatian industri gaming. Berlatarkan dunia fantasi di mana fiksyen sains, seni pertempuran dan kuasa sihir wujud bersama, game ini menceritakan tentang Kazer, yang bercantum secara tidak sengaja dengan seekor symbiont bernama Arena. Mengutamakan aksi pertarungan, Lost Soul Aside mempunyai sistem pertarungan yang memberikan fleksibiliti kepada pemain untuk mengubahsuai gaya permainan mereka dan pilihan senjata agar sesuai dengan pertarungan yang bakal dihadapi.

Pemaju Ultizero Games telah mempamerkan gameplay 22 minit untuk game ini semasa pembentangan ChinaJoy 2023.

Sama seperti yang lain, Lost Soul Aside sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 dan PC. Tarikh keluaran tepat masih belum diumumkan.

EXILEDGE

EXILEDGE adalah game third-person shooter yang sedang dalam pembangunan untuk PlayStation 5. Ia menceritakan tentang seorang lelaki muda bernama Alter yang memulakan pengembaraan untuk mengungkap takdir dalam dunia yang dibina oleh Zora.

Walaupun berdasarkan genre third-person shooter, ia bukan sedar tembak-tembak sahaja kerana sistem pertempuran memiliki elemen “hack and slash” di dalamnya. Berjuang bersama-sama dengan gadis misteri, Zora, dan harungi pertempuran dahsyat dan pertarungan bos epik. Cari kebenaran tentang alam semesta dan selamatkan dunia yang berada dalam kitaran infiniti.

Pemaju Enigmatrix turut telah mengeluarkan trailer gameplay untuk anda semua tonton di atas.

The Winds Rising

Kredit: TiGames

Terkenal dengan judul F.I.S.T.: Forged in Shadow Torch, pemaju TiGames telah mengumumkan projek aksi RPG “The Winds Rising”, untuk PlayStation 5.

Masih banyak yang tidak diketahui tetapi game ini dipacukan oleh jalan cerita dan mengikuti perjalanan seorang gadis dari sebuah kampung yang aman. Dia memulakan satu pengembaraan besar selepas bertemu dengan anak raksasa yang hilang, yang menjejaskan kebangkitan dan kejatuhan seluruh kerajaan. Nasib semua orang kini di tangan pemain.

Kredit: TiGames

The God Slayer

Dibuat oleh Pathea Games (My Time at Sandrock), mereka telah  mengumumkan judul aksi RPG open world “The God Slayer” untuk PlayStation 5. Game ini dijangka akan dilancarkan pada 2027.

Disebabkan game ini baru sahaja diumumkan, tidak banyak info yang didedahkan tetapi kisah umum mengharuskan pemain membunuh pelbagai dewa. Pemain dapat meningkatkan abiliti mereka melalui pertempuran dan penerokaan dunia di mana matlamat utama adalah untuk mengalahkan musuh dan menyelamatkan dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCplaystationPlayStation China Hero Projectps5
ShareTweetSend
Previous Post

Fate/Samurai Remnant Dedahkan Rogue Servant Bersama Trailer Baharu!

Next Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Ogos 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Ogos 2023!

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd