Setelah mendapat teaser untuk arc Reze selepas tamatnya siri anime Chainsaw Man, MAPPA telah pun mengumumkan bahawa arc baharu akan ditayangkan dalam bentuk filem! Semasa acara Jump Festa 2024, Chainsaw Man –The Movie: Reze Arc telah diumumkan secara rasmi! Bersama-sama pengumuman tersebut, kita telah didedahkan dengan visual dan trailer teaser pertama! Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.
Pelakon suara watak turut kembali dalam menyuarakan watak-watak utama seperti:
- Kikunosuke Toya sebagai Denji
- Tomori Kusunoki sebagai Makima
- Shogo Sakata sebagai Aki
- Fairouz Ai sebagai Power
- Reina Ueda sebagai Reze
Untuk filem ini kita akan melihat gadis baharu yang telah muncul dan cuba mendekati Denji. Apa yang akan menanti pemuda tersebut nanti. Apakah yang membuatkan Reze mendekatinya? Kenalah nantikan tayangan filem ini! Buat masa ini tiada tarikh tayangan yang diumumkan. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada MAPPA pada masa akan datang.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza. Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Kalau anda tidak sabar untuk ketahui sambungan siri anime, bolehlah anda membaca manganya melalui Mangaplus bermula bab 39. Kalau anda ingin membeli versi fizikal, anda boleh membeli jilid 5. Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post