Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Kenali Denji Dan Bagaimana Hidupnya Berubah Selepas Bertemu Pochita!

Maira by Maira
November 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Kenali Denji Dan Bagaimana Hidupnya Berubah Selepas Bertemu Pochita!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau nak dibandingkan dengan protagonis shonen yang lain, Denji boleh dikatakan agak unik perangainya. Tanpa dia Chainsaw Man juga mungkin tidak wujud. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu bagaimana Denji menjadi Chainsaw Man. Jadi tanpa membuang masa, jom kami perkenalkan Denji secara ringkas kepada anda!

Denji Chainsaw Man

Perangai Denji mungkin kelihatan agak kasar dan kadang-kadang seperti kanak-kanak tetapi itu semuanya berpunca dengan cara dia dibesarkan. Kalau anda ingin tahu, keluarganya bukanlah senang sehinggakan dia sanggup menjual mata serta buah pinggangnya untuk membayar semula hutang bapanya kepada Yakuza. Dia juga sanggup “makan” rokok untuk mendapatkan wang yang tidak seberapa. Tetapi wang itulah yang digunakannya untuk menyara kehidupannya.

Dia pertama kali berjumpa dengan Pochita semasa berada di kubur bapanya. Keadaan Pochita juga agak lemah pada waktu itu. Kesian melihat Pochita, Denji telah menawarkan darahnya kepada devil tersebut.

Kalau anda ingin tahu, darah manusia boleh menyembuhkan devil. Pochita yang tidak begitu suka kepada manusia akhirnya berkawan dengan Denji.

Denji Chainsaw Man

Lahirnya Chainsaw Man

Disebabkan kesempitan wang, Denji telah memburu devil untuk Yakuza. Tetapi mereka telah cuba untuk membunuhnya dan meninggalkan Denji terperangkap dengan devil. Pada saat-saat terakhir, Denji telah membuat perjanjian dengan Pochita, lalu menjadi pengganti jantungnya. Dengan syarat Denji perlu menunjuk serta memenuhi impiannya manakala Pochita akan meminjamkan kuasanya.

Inilah detik Denji mendapat kuasa Chainsaw Man dan mendapatkan bentuk hibrid. Di dadanya kini mempunyai cord yang akan mengaktifkan kuasa Pochita dan bertukar menjadi Chainsaw Man.

Apabila menjadi Chainsaw Man, gergaji rantai akan keluar daripada kepala dan tangannya. Malah dia juga akan mendapat peningkatan kuasa untuk melawan dan membunuh devil. Tetapi ada masalah lain pula. Denji akan kehilangan banyak darah apabila bertarung dan ini membuatkannya anemia selepas bertarung.

Denji Chainsaw Man

Kalau dia tidak mempunyai darah yang cukup, hanya sebahagian kecil gergaji rantai sahaja yang akan muncul daripada kepalanya. Malah kuasanya juga lebih lemah berbanding biasa.

Selepas menjadi Chainsaw Man, Denji telah diselamatkan oleh Makima dan menyertai Public Safety Devil Hunter. Dia kini tinggal bersama Aki dan Power dan kehidupannya nampak lebih baik berbanding dahulu. Banyak lagi cabaran yang menanti protagonis kita ini.


Untuk anda yang ingin menonton anime ini, boleh gunakan platform seperti Ani-One Asia dan Amazon Prime! Siri ini juga akan tersedia di platform lain pada masa akan datang. Manganya juga tersedia secara percuma di MangaPlus untuk dibaca.

Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw ManDenjiPochita
Previous Post

[Interview] Rainbow Six Mobile – Bawa dunia R6 ke Mobile bersama Justin Swan & Oliver Albarracin

Next Post

One Piece – Kisah sebenar bagaimana Luffy dapat parut “X” di dadanya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece – Kisah sebenar bagaimana Luffy dapat parut “X” di dadanya!

One Piece - Kisah sebenar bagaimana Luffy dapat parut "X" di dadanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd