Untuk arc terbaharu ini, kita telah diperkenalkan dengan Falling Devil yang sedang memburu Asa Mitaka dan Yoru. Seperti yang dijangka protagonis kita, Chainsaw Man telah hadir untuk membantu Asa. Nampaknya bab terbaharu membawa kita ke sebuah pertarungan hebat. Jom kita lihat kesudahan kepada pertarungan antara Falling Devil dan Chainsaw Man!
AMARAN! Ada spoiler manga Chainsaw Man 126 di bawah!
Bersambung daripada bab 126, kita melihat Chainsaw Man berlawan dengan Falling Devil, di mana Denji terus menerus menyerang devil tersebut. Falling Devil yang terkejut dengan kehadirannya meminta Denji berhenti bertarung dengannya kerana dia tidak mahu membunuh manusia lagi.

Dia terus menyatakan bahawa dia hanya ingin menghantar Asa ke Neraka dan selepas itu dia akan pulang. Mendengar rancangannya, Denji kini tiada halangan untuk membunuh devil tersebut. Tetapi boleh pula Falling Devil gunakan kuasanya dan membuatkan Denji teringat pada traumanya. Kita yang mengikuti kisah Denji pun boleh terasa sakitnya itu.

Nasib baiklah Denji ada cara untuk kekalkan momentumnya. Dia terangkan bahawa apabila melawan Devil yang menggunakan serangan mental, dia cuma perlu tidak menggunakan otaknya. Sempat lagi dia kata dia ingin makan corn dogs dan mula makan Falling Devil selepas menumbangkannya.

Ingatkan pertarungan itu akan berhenti di situ, tetapi Falling Devil muncul semula dan keluar daripada perut Denji. Memang teruk juga keadaan Denji ketika itu. Falling Devil pula meninggalkannya di situ dan mula mencari Asa semula.
Dengan keadaan tidak sedar, seseorang telah memberikan darahnya kepada Denji. Muka individu tersebut tidak didedahkan. Memandangkan Yoshida selalu mengikut Denji dari jauh, ada kemungkinan juga dia yang memberikan darahnya. Apa pun kita tunggu pendedahannya dalam bab-bab yang akan datang.

Selepas itu, kita melihat Falling Devil yang telah menjumpai Asa dan bab 126 tamat. Agaknya apalah yang akan terjadi kepada Asa dan Yoru selepas ini. Dia pun terkejut juga apabila Falling Devil menjumpai mereka. Tidak sabar betul untuk lihat apa yang akan berlaku pada bab akan datang.

Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post