Sudah hampir sebulan siri anime Chainsaw Man tamat, akhirnya siri tersebut akan tersedia di Netflix selepas “terperangkap” di platform Amazon Prime Video dan Ani-One Asia. Kalau anda sudah lama menanti untuk menonton anime Chainsaw Man di Netflix, ia akan tersedia pada 1 Februari ini dengan kesemua 12 episod untuk ditonton.

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sekarang ini, bahagian kedua untuk siri manga pun sedang hangat diperbincangkan dalam komuniti peminat dan tersedia untuk dibaca secara percuma melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi dan trailer untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh devil bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh devil yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh Devil Hunter lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang daripada mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post