Butiran tentang prequel Ubisoft ‘Beyond Good & Evil’ sudah lama dinanti-nantikan sejak ianya dikeluarkan pada tahun 2003 dan juga pernah diumumkan semula pada E3 tahun 2017. Ia adalah game di mana pemain akan menjadi kapten di ruang angkasa yang bebas untuk memilih haluan sendiri di alam semesta yang terbuka luas itu. Terdapat trailer serta beberapa livestreams yang mempamerkan sedikit permainan awal, tetapi sudah tentu ramai peminat yang mahukan lebih maklumat tentang game tersebut.
Baru-baru ini, CEO Ubisoft, Yves Guillemot membincangkan hala tujuan game tersebut bersama IGN dengan lebih mendalam dan beliau percaya akan potensi untuk game tersebut. Menurut Guillemot:
“Kami melihat potensi alam semesta ini sebenarnya sangat hebat, dan Michel benar-benar bersemangat [tentang itu]. Ia akan menjadi menarik, saya fikir. Mungkin kami akan fikirkan untuk langkah seterusnya.”
Kepada yang tidak tahu, Beyond Good and Evil 2 adalah game multiplayer online, dihadirkan dengan co-op untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pemain, menurut websitenya. Sudah tentu, dengan segala potensi yang ingin dibawakan akan mempunyai syarat yang perlu dipenuhi, dan sudah semestinya ia akan jadi menarik untuk lihat apa yang developer akan bawakan untuk jalan cerita kali ini!

Game Beyond Good & Evil2 masih belum lagi mempunyai tarikh keluarannya, tapi dijangka demo untuk game tersebut akan keluar pada tahun ini juga. Untuk temuramah secara penuh bersama Yves Guillemot dan IGN, boleh ditonton di sini. Tak sabar bila game ini akan keluar, tapi lebih menarik kalau kita dapat lihat Tom Clancy’s Splinter Cell, ye tak? Apa-apa pun, kena tunggu kata rasmi dari Ubisoft dulu!
Sumber: Youtube IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post