Tim Sweeney, Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, baru-baru ini mendedahkan bahawa Fortnite tidak akan datang ke Steam Deck. Walaupun sistem pada Steam Deck boleh memainkan game PC dengan sempurna, Sweeney nampaknya keberatan untuk memberikan sokongan game Fortnite untuk peranti Steam Deck.
Dia mengatakan bahawa usaha besar telah dijalankan untuk memaksimumkan keserasian Easy Anti-Cheat pada Steam Deck. Dia juga terus berkata bahawa pihaknya tidak berkeyakinan tinggi untuk memerangi penipuan pada skala yang luas di bawah pelbagai konfigurasi kernel termasuk tetapan custom.

Isu lain pula ialah Steam Deck pada asasnya berfungsi menggunakan Linux dan bukannya Windows. Disebabkan sistem itu merupakan sumber terbuka, pengguna mempunyai akses kepada fail yang disembunyikan. Ini boleh membuatkan ramai pemain melakukan pelbagai penyesuaian dan juga menyebabkan masalah kepada Easy Anti-Cheat dalam keadaan tertentu.

CEO Epic Games itu juga berkata bahawa anti cheat itu sepatutnya berfungsi dengan baik untuk kebanyakan game di Steam Deck tetapi Fortnite akan menjadi sangat terdedah kepada hacker atau cheater. Ini mungkin disebabkan jumlah pemain yang ramai untuk setiap perlawanan. Katanya lagi, setiap anti-cheat mempunyai keberkesanan mengikut jumlah pemain. Senang cerita, anda mungkin jumpa lebih banyak hacker dalam Fortnite jika ianya tersedia pada Steam Deck.
Walaupun begitu, ramai pemain yang menuduh Sweeney bahawa dia memandang rendah pada kebolehan Easy-Anti Cheat. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda ingin bermain Fortnite di peranti portable PC itu? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.
Sumber: TheGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post