Game battle yang melibatkan Naga, Century: Age of Ashes akhirnya tiba juga di konsol PS4 dan PS5. Pada mulanya ia dijadualkan untuk lancar pada 19 Julai yang lalu tetapi telah ditangguhkan. Kini, game tersebut akan tersedia dengan tarikh baru iaitu pada 26 September jam 4 petang.
Untuk pengetahuan anda, game ini telah pun dilancarkan secara rasmi di PC melalui Steam pada 2 Disember yang lalu. Kemudian, hadir ke platform Xbox Series pada Mac 2022 dan Xbox One pada Julai 2022. Bukan setakat itu sahaja, game ini juga dirancang untuk tersedia di platform mobile pada iOS dan Android.

Tentang Century: Age of Ashes
Ia merupakan game multiplayer dragon battle yang tersedia secara percuma untuk dimainkan. Anda boleh sesuaikan naga dan terus menuju ke Arena dan mulakan perjalanan untuk menjadi Dragoneer legenda. Bakar semua musuh dan kuasai langit!
Pertempuran Arena yang sengit
Bersaing dalam game dalam talian yang sengit! Cabarkan diri dalam Arena secara berseorangan atau bersama rakan-rakan. Terdapat pelbagai mod yang boleh dipilih. Berikut adalah mod yang tersedia:
- Carnage — Ia merupakan Team Deatmatch dengan format 6v6
- Gates of Fire — Dua pasukan bertarung untuk mendapatkan bendera. Dapatkan mata dengan melalui gate khas sambil memegang bendera
- Spoils of War — Curi emas sambil lindungi sarang emas anda sendiri
- Survival — Lawan 8 pemain lain dan jadilah Dragoneer terakhir yang berdiri

Class yang pelbagai
Rasai gaya bermain yang berbeza dengan empat class unik dengan kebolehan tersendiri! Empat class tersebut ialah Winguard, Marauder, Phantom dan Stormraiser.
Kesesuaian penuh watak dan naga
Terdapat item kosmetik tersedia untuk menjadi Dragoneer yang menarik. Dapatkan EXP dengan bermain dan membuka skin hebat untuk dipakai pada naga dan watak. Jangan risau kerana ia hanyalah kosmetik tanpa sebarang efek khas untuk pertempuran.

Anda yang berminat untuk mainnya di PS, bolehlah wishlist dahulu game ini. Apabila ia lancar boleh terus muat turun nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post