Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cell mungkin akan kembali dalam filem Dragon Ball Super: Super Hero

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Cell mungkin akan kembali dalam filem Dragon Ball Super: Super Hero
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut khabar angin di internet, salah satu antagonis paling jahat dalam francais Dragon Ball iaitu Cell mungkin akan membuat kemunculan dalam filem anime akan datang Dragon Ball Super: Super Hero.

Spekulasi tentang kepulangan Cell bermula selepas keluaran isu terbaru majalah V-Jump yang melaporkan bahawa masih ada satu lagi “watak utama” yang masih belum didedahkan untuk filem. Di dalam isu yang sama, majalah tersebut menyiarkan beberapa screenshot bagi watak dari filem Super Hero yang bakal dijadikan kad untuk game kad strategi Super Dragon Ball Heroes.

Di ini, berita menjadi viral selepas seorang peminat yang “bermata helang” dapat melihat Cell dalam salah satu screenshot yang disiarkan dalam majalah. Malangnya, imej itu tidak jelas dan bukan bukti yang pasti. Disebabkan kad ini berdasarkan watak dari filem Dragon Ball Super: Super Hero, adakah ini bermakna Cell akan membuat kemunculan?

Berikut adalah screenshot tersebut:

dont say i didnt warn you #DragonBallSuperSuperHero pic.twitter.com/h1oSWQFcLX

— Geekdom101 (@EmperorBigD) February 17, 2022

Buat masa ini, hanya Gamma 1 dan Gamma 2 sahaja yang disahkan sebagai penjahat dan merupakan android yang dicipta oleh Red Ribbon Army. Disebabkan tema android dan fokus kepada Gohan sebagai watak utama kali ini, ramai peminat yakin bahawa Cell akan menjadi antagonis utama untuk filem. Bagi mereka yang tidak tahu, Cell tidak dikalahkan oleh Goku; sebaliknya dia dikalahkan oleh Gohan semasa era Dragon Ball Z.

Dragon Ball Super: Super Hero akan membuat debut di Jepun pada 22 April. Filem ini menampilkan gaya visual animasi CG serba baru dan ditetapkan beberapa tahun selepas peristiwa Dragon Ball Super: Broly. Seperti saya kata tadi, dilem ini akan memfokuskan pada Gohan, dan kemungkinan besar.. Cell.

Sumber – Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCellDragon Ball SuperDragon Ball Super: Super Hero
Previous Post

FIFA 22 percuma di STEAM hujung minggu ini, download sekarang

Next Post

Unboxing Horizon Forbidden West: Regalla Edition – Khas untuk peminat Aloy

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Resident Evil Survival Unit – Bukan Game Aksi, Tapi Strategi Mobile?
Mobile

Resident Evil Survival Unit – Bukan Game Aksi, Tapi Strategi Mobile?

July 4, 2025
MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Next Post
Unboxing Horizon Forbidden West: Regalla Edition – Khas untuk peminat Aloy

Unboxing Horizon Forbidden West: Regalla Edition - Khas untuk peminat Aloy

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd