Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CD Projekt akan mendedahkan lebih banyak berita untuk Cyberpunk 2077 Jun ini!

Nyny.A by Nyny.A
May 6, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
CD Projekt akan mendedahkan lebih banyak berita untuk Cyberpunk 2077 Jun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pengeluaran permainan AAA yang dinanti-tikan iaitu Cyberpunk 2077 dah tak lama lagi, tinggal 4 bulan tarikh rilisnya adalah 17 September 2020 membuat ramai peminat menantikan lebih banyak maklumat sebelum ianya dilancarkan. Berita gembira pada semua peminat, CD Projekt mendedahkan bahawa “ada sesuatu” dalam pembangunan permainan ini akan datang Jun ini!

Diadaptasi dari francais Cyberpunk, ia berlaku di Night City dystopian, sebuah dunia terbuka dengan enam wilayah yang berbeza. Pemain memikul peranan V, tentara upahan yang dapat disesuaikan, dalam perspektif orang pertama, memperoleh kemahiran dalam penggodaman dan mesin, gudang senjata jarak jauh, dan pilihan untuk pertempuran jarak dekat. Kemungkinan permainan yang mematikan dan tidak mematikan akan tersedia.

Menurut CD Projekt yang mengongsikan Tweet mereka di Twitter, sesuatu yang digelar “Night City Wire” akan datang 11 Jun 2020 ini. Itu lah spesifiknya tanpa sebarang maklumat lebih yang dikongsikan, tetapi nampaknya masuk akal untuk mentafsirkan emoji “TV” yang disertakan dalam tweet tersebut sebagai petunjuk, mungkin ianya bermaksud live streaming bagi permainan ini!

GET READY!📺 pic.twitter.com/eqQ3hMCOmA

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) May 5, 2020

Dah tentu agak lama juga CD Projekt tidak mengumumkan sesuatu yang baru didalam permainan untuk Cyberpunk 2077. Pihak pemaju telah mengongsikan beberapa gameplay tahun lalu dan termasuk di Gamestart 2019. Jadi mungkin kali ini ada live stream yang akan memberikan gambaran lebih dekat di daerah Pacifica di Cyberpunk 2077’s Night City. Maka sekilas pengalaman baru akan dikongsikan sebelum kehadirannya di Xbox One, PS4, dan PC September ini.

Selain itu, terdapat beberapa pengesahan seperti Cyberpunk 2077 akan mempunyai DLC seperti The Witcher, Xbox One X edisi Cyberpunk 2077 didedahkan juga GPU Cyberpunk 2077 GeForce RTX 2080 Ti dari NVIDIA turut diumumkan. Jadi pelbagai lagi komponen luaran dan dalam permainan pasti akan didedahan oleh CD Projekt sebelum dan selepas pelancaran permainan ini.

Jadi pelbagai lagi pendedahannya dan rasanya lebih menarik pada pengguna Xbox One yang membeli permainan ini kelak akan dapat menaik taraf ke versi Xbox Series X secara percuma. Jadi jangan lupa untuk nantikan 11 Jun 2020 ini untuk lebih informasi mengenai Cyberpunk 2077!

Sumber: IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD ProjektCyberpunk 2077Cyberpunk 2077 Night City WireNight City Wire
Previous Post

The Last of Us Part II sudah tersedia untuk keluarannya pada bulan depan! Tidak ditunda lagi!

Next Post

Cuba Don’t Stop the Party sekarang! Sebuah lagi projek menarik oleh pelajar UOW Malaysia KDU!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Cuba Don’t Stop the Party sekarang! Sebuah lagi projek menarik oleh pelajar UOW Malaysia KDU!

Cuba Don’t Stop the Party sekarang! Sebuah lagi projek menarik oleh pelajar UOW Malaysia KDU!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd