Apex Legends baru sahaja melancarkan satu video di YouTube rasmi mereka dengan bertajuk “Apex Legends | Stories from the Outlands: Last Hope”. Dalam video tersebut, mereka memperkenalkan satu legend baharu yang dikenali sebagai Catalyst. Dia merupakan seorang “transgender woman” pertama yang menyertai Apex Legends.
Melalui trailer tersebut, Catalyst sedang bercakap dengan Rampart tentang pengetahuannya mengenai legend baharu melalui batu kristal yang bertaburan di atas meja. Rampart menanyakan kepada Catalyst, apa yang dimaksudkan oleh setiap batu kristal tersebut dan bermulanya “flashback” kepada Catalyst yang lebih muda dengan rakan-rakannya yang lain.

Semasa “flashback” berlangsung, kita dikenalkan dengan beberapa kawannya yang lain dan sedang memikirkan cara untuk melindungi Cleo, bulan Boreas yang sedang dilombong oleh Hammond Robotics. Hal ini kerana, bulan Boreas itu sangat penting kepada planet tersebut dan jika dimusnahkan, ia akan mengakibatkan bahaya yang sangat teruk.
Malang sekali 2 lagi rakannya tidak mahu menyertai misi menyelamat Cleo ini dan hanya tinggal Catalyst dan juga Margo. Misi ini lebih berbahaya daripada sebelum ini dan salah seorang daripada mereka yang tidak menyertai pernah mengatakan yang Margo telah pergi terlalu jauh dan kami hampir tertangkap masuk ke penjara.

Selepas itu, Margo mengajak Catalyst ke sesuatu tempat yang boleh nampak keseluruhan bandar dan juga bulan Boreas iaitu Cleo. Sebelum pergi membuat misi menyelamatkan Cleo, Catalyst mengatakan tentang peralihannya. “Saya rasa seperti seluruh dunia telah terbuka, sekarang saya menjadi diri saya sendiri,” katanya.
Misi dengan Margo jauh terpesong daripada rancangan sebenar dan dua wanita itu dipisahkan dengan nasib Margo tidak diketahui oleh Catalyst. Trailer ini berakhir dengan Catalyst mengatakan yang batu kristal itu memberitahunya dia perlu kembali ke Boreas untuk melindungi rumah sebenarnya.

Jika anda masih tidak percaya, ketua penulis Apex Legends (Ashley Reed) dan pelakon suara Catalyst (Samantha Kalman) mengesahkan yang watak baharu itu adalah “trans woman”. Ini sebenarnya bukanlah kali pertama Respawn menambah watak LGBT ke dalam Apex Legends. Ramai lagi watak yang berada dalam kategori tersebut seperti Fuse (Pansexual), Loba (Bisexual), Gibraltar (Gay), Bloodhound (Non-Binary), Mirage (Questioning), Valkyrie (Lesbian) dan Seer (Pansexual).
Makin banyak media hiburan sekarang yang mengetengahkan perkara LGBT ini seperti semua orang boleh menerimanya dengan hati terbuka. Artikel ini ditulis sebagai penyampaian berita dan maklumat sahaja, bukan untuk menyokong perkara tersebut. Apapun, korang yang masih bermain Apex Legends, teruskan dan abaikan perkara yang berkenaan LGBT di dalam game tersebut.
Apa pendapat korang tentang legend “transgender woman” pertama yang dikenalkan dalam Apex Legends? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post