Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Castlevania: Nocturne telah diumumkan oleh Netflix semasa Geeked Week

safwan by safwan
June 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Castlevania: Nocturne telah diumumkan oleh Netflix semasa Geeked Week
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara Geeked Week, Netflix telah mengumumkan Castlevania: Nocturne, siri spinoff kepada Castlevania. Mereka mengatakan bahawa rancangan ini sedang dibangunkan dan masih tiada tarikh tayangan lagi.

Rancangan ini akan dibintangi oleh Ritcher Belmont yang merupakan anak kepada Sypha dan Trevor Belmont. Dia telah mewarisi nama dan kebolehan vampire-hunting kedua ibu bapanya. Rancangan ini akan berlatarkan Revolusi Perancis pada tahun 1792 di mana Richter akan menentang raksasa jahat tidak kisah sama ada manusia ataupun demon.

Sebelum ini, Richter Belmont telah muncul buat pertama kalinya dalam dua game Castlevania yang paling terkenal iaitu Rondo of Blood dan Symphony of the Night. Dia yang dikatakan sebagai vampire-hunting terkuat dalam keturunan Belmont.

Pada awalnya, terdapat satu konflik di mana Dracula telah menculik teman wanitanya, Annette. Bersama dengan Richter adalah adik perempuan Annette, Maria, yang akan memainkan peranan utama dalam acara Symphony of the Night.

Castlevania: Nocturne sedang dibikin oleh Powerhouse Animation dan akan diterbitkan oleh Project 51 Production. Turut terlibat dalam pembikinan rancangan ini adalah Kevin Kolde sebagai showrunner manakala Clive Bradley selaku penulis.

Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang Castlevania sebelum ini, ia merupakan siri televisyen dark fantasy action yang ditayangkan oleh Netflix dan diterbitkan oleh Kevin Kolde dan Fred Seibert. Rancangan ini juga berdasarkan siri game Jepun dari keluaran Konami.

Untuk dua musim pertama rancangan sebelum ini adalah mengadaptasi game pada tahun 1989 iaitu Castlevania III: Dracula’s Curse. Ia mengisahkan tentang Trevor Belmont, Alucard dan Sypha Belnades ketika mereka sedang mempertahankan negara Wallachia daripada Dracula.

Tidak banyak maklumat yang disertakan dalam video teaser tersebut. Namun, kita mungkin akan lihat kelainan pada rancangan ini. Jom sama kita nantikan apa yang mereka akan bawa dalam rancangan spinoff ini.

Jadi, apa pendapat korang tentang Castlevania: Nocturne yang akan dibintangi oleh Richter Belmont ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Castlevania: NocturnenetflixNetflix Geeked Week
Previous Post

DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan tiba Ogos 2022 di Netflix

Next Post

Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama

Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd