Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara untuk dapatkan Horizon Forbidden West pada harga lebih murah di PS5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2022 - Updated on February 12, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
Cara-cara untuk dapatkan Horizon Forbidden West pada harga lebih murah di PS5
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi sesiapa yang berniat untuk bermain Horizon Forbidden West akan datang, saya mempunyai cara mudah untuk mendapatkannya pada harga lebih murah. Di sini, mengesyorkan anda semua untuk mendapatkan versi PS4 walaupun niat asal untuk bermain di PS5. Dengan cara ini, korang boleh jimat RM50 kerana upgrade percuma ke konsol next-gen.

Biar saya jelaskan secara lebih khusus:

Horizon Forbidden West versi PS5 kini tersedia untuk prapesan di PS Store pada harga RM299. Versi PS4 pula hanya bernilai RM249. Buat pemilik PS5, jangan risau. Jika korang dapatkan Forbidden West versi PS4, korang akan dapat menaik taraf ke versi PS5 tanpa sebarang kos tambahan.

Tidak ada apa-apa perbezaan sama ada korang beli game ini secara fizikal atau digital — semuanya boleh dinaik taraf secara percuma dan bonus dari prapesan pun masih kekal sama. Cuma kaedah untuk upgrade sahaja yang berbeza (versi fizikal memerlukan disc di dalam PS5 untuk upgrade). Andai kata korang main dahulu di PS4 tetapi ingin bersambung di PS5 pun tiada masalah kerana Forbidden West menyokong pemindahan save data dari PS4 ke PS5. Selagi boleh jimat duit, kita buat. Itu sahaja cara paling ringkas tapi sahih untuk dapatkan Horizon Forbidden West pada harga lebih murah.

Pada mulanya, CEO Sony Jim Ryan berjanji bahawa Forbidden versi PS4 akan menawarkan upgrade percuma buat pemilik PS5. Walau bagaimanapun, selepas game itu ditangguhkan, Sony memikirkan semula strateginya dan membuat keputusan untuk mengenakan bayaran tambahan kepada mereka yang ingin menaik taraf ke konsol next-gen. Sudah tentu, berita ini tidak mengecewakan orang ramai, sehingga PlayStation menarik balik pengumuman itu dan kembali menawarkan upgrade percuma.

Satu lagi perkara penting yang korang patut tahu ialah Horizon Forbidden West akan menjadi game terakhir oleh PlayStation untuk menawarkan upgrade PS5 percuma. Pada masa akan datang, semua game eksklusif PlayStation akan dikenakan cas $10 buat apa-apa upgrade digital , termasuk Gran Turismo 7 dan God of War: Ragnarok.

Horizon Forbidden West akan keluar pada 18 Februari 2022 di PS4 dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Horizon Forbidden WestplaystationPS4ps5
Previous Post

[Unboxing] S.H.MonsterArts Godzilla Ultima dari Bandai Tamashii

Next Post

CEO Epic Games kata FORTNITE tidak akan tersedia di STEAM DECK!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
CEO Epic Games kata FORTNITE tidak akan tersedia di STEAM DECK!

CEO Epic Games kata FORTNITE tidak akan tersedia di STEAM DECK!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd