Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara topup Steam Wallet dengan menggunakan aplikasi bank, SEAGM dan banyak lagi

safwan by safwan
June 28, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan, PC, Promosi, Senarai, Steam
0 0
0
Cara-cara topup Steam Wallet dengan menggunakan aplikasi bank, SEAGM dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Steam adalah salah satu platform game paling popular di mana mereka menyediakan launcher dan kedai untuk pemain membeli game kegemaran. Terdapat beribu-ribu game yang boleh didapatkan oleh pemain melalui Steam. Tetapi tahukah anda bahawa Steam Wallet boleh di topup dengan menggunakan pelbagai cara.

Dengan menggunakan Steam Wallet, pemain boleh akses beribu-ribu game daripada genre Action hingga Indie. Pemain perlu menambah seberapa jumlah yang diinginkan pada Steam Wallet. Buat masa sekarang, banyak platform yang telah tersedia untuk topup Steam Wallet anda tanpa menggunakan kad kredit di Steam. Berikut adalah beberapa platform dan berserta cara untuk anda topup dengan mudah.

Steam

  • Pilih akaun anda
  • Pilih lihat ke Wallet
  • Pilih jumlah yang diinginkan
  • Pilih cara pembayaran
  • Selesaikan pembayaran
  • Selesai

Dengan menggunakan cara seperti ini, anda tidak perlu menggunakan kod untuk ditebus kerana jumlah yang anda inginkan akan dimasukkan ke dalam Steam Wallet secara automatik.

MAE

  • Log in ke dalam akaun anda
  • Tekan “Reload”
  • Cari dan pilih Steam Wallet
  • Masukkan nombor telefon
  • Pilih jumlah yang diinginkan
  • Selesaikan pembayaran
  • Selesai

Selepas selesai pembayaran, anda sepatutnya menerima mesej bersama kod Steam Wallet daripada mereka. Dengan menggunakan aplikasi MAE daripada Maybank, anda boleh topup Steam Wallet dengan mudah tetapi ianya agak mahal sedikit berbanding dengan platform lain.

SEAGM

  • Log in atau daftar akaun
  • Cari Steam Wallet Malaysia
  • Pilih jumlah yang diinginkan
  • Tekan “Buy now”
  • Pilih cara pembayaran
  • Sahkan nombor telefon
  • Tekan “Pay Now” dan selesaikan pembayaran
  • selesai

Sekiranya anda telah menyelesaikan pembayaran, anda boleh pergi ke bahagian order di akaun SEAGM. Melalui platform ini, anda akan dapat topup Steam Wallet dengan jauh lebih murah berbanding platform lain. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menyediakan kupon untuk anda gunakan dengan memberi potongan harga sebanyak 50%.

Codashop

  • Cari Steam Wallet
  • Pilih jumlah yang diinginkan
  • Pilih cara pembayaran
  • Masukkan email
  • Selesaikan pembayaran
  • Selesai

Dengan menggunakan Codashop, anda akan dapat kod Steam Wallet pada email yang telah anda masukkan tadi. Ianya sangat mudah tanpa perlu daftar atau log in akaun anda untuk membelinya.

UniPin

  • Cari Steam Wallet Malaysia
  • Pilih jumlah yang diinginkan
  • Pilih cara pembayaran
  • Isi maklumat dan tekan “Confirm”
  • Selesaikan pembayaran
  • Selesai

Selepas membuat pembayaran lengkap, anda akan menerima kod Steam Wallet melalui email.

Gameconnect

  • Cari Steam Wallet Malaysia
  • Masukkan email anda
  • Pilih jumlah diinginkan
  • Tekan “Pay”
  • Tekan “Pay Now”
  • Imbas kod QR
  • Selesaikan pembayaran
  • Selesai

Kod Steam Wallet akan diberikan melalui email yang dimasukkan tadi. Malangnya Gameconnect hanya membenarkan anda menggunakan Boost sebagai cara pembayaran dan tidak menyediakan “online banking”, kad kredit dan banyak lagi.


Setakat ini, itu sahaja panduan yang ingin kami kongsikan berkenaan Steam Wallet kepada anda pengguna Steam. Harap dapat membantu korang yang baru berjinak-jinak dalam dunia game.

Kalau korang nak tahu, sekarang ini Steam sedang mengadakan Summer Sale dengan memberikan potongan besar sehingga 75% kepada game-game popular. Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan, jika mampu beli sahaja game yang berkenan. Steam Summer Sale sedang berlangsung sehingga 7 Julai 2022.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CodashopGameConnectMAEMalaysiaSEAGMsteamSteam WalletUniPin
Previous Post

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

Next Post

Mario + Rabbids Sparks of Hope akan hadir pada 20 Oktober 2022 eksklusif di Nintendo Switch!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mario + Rabbids Sparks of Hope akan hadir pada 20 Oktober 2022 eksklusif di Nintendo Switch!

Mario + Rabbids Sparks of Hope akan hadir pada 20 Oktober 2022 eksklusif di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd