Nak berkongsi screenshot atau gameplay dari konsol PlayStation ke smartphone kita bukanlah kerja yang mudah. Nasib baik lah, PlayStation menambah ciri baru yang “sepatutnya meningkatkan pengalaman pengguna PS5”. Secara ringkas, pemain kita boleh pindahkan screenshot dan gameplay mereka dari PS5 terus ke smartphone secara automatik melalui update terbaru PS App dan tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan cara-caranya.
*Ciri ini hanya untuk konsol PS5 sahaja dan tidak tersedia untuk PS4.*
Untuk membolehkan screenshot dan gameplay dimuat naik secara automatik, pastikan korang “link” PS5 ke aplikasi PS App. Itu langkah pertama!
Aktifkan ciri “Captures” di PS App
- Buka PlayStation App dan pilih Library.
- Pergi ke Captures dan tekan Enable.

Aktifkan “auto-upload” di konsol PS5
- Pergi ke Media Gallery.
- Sebuah popup akan muncul di mana korang boleh tekan untuk mengaktifkan ciri ini.
Atau;

Sebaik sahaja mengaktifkan “auto-upload”, sebarang screenshot dan video yang ditangkap pada konsol PS5 akan dimuat naik secara automatik. Korang boleh melihat media ini di PS App dengan memilih Library> Captures. Apabila melihat media ini, anda kemudian dapat:
- Pilih Download untuk menyimpan media ke peranti.
- Pilih Share dan kemudian “party untuk berkongsi media melalui Game Base.
- Pilih Share > Share via untuk menghantar media menggunakan aplikasi lain yang disokong pada peranti seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya.

Menurut halaman FAQ, ciri ini hanya membenarkan “video gameplay bukan 4K bawah 3 minit” dan “screenshot yang diambil daripada Create Menu atau butang shortcut Create Menu.” Walaupun boleh diakses melalui PS App, setiap media (tidak kira gambar atau video) hanya akan disimpan selama 14 hari sebelum dibuang daripada cloud server.
Saya harap panduan di atas mudah untuk difahami supaya korang pun boleh pindahkan screenshot dan video gameplay dari PS5 ke smartphone tanpa masalah!
Sama ada untuk upload di media sosial atau sekadar berkongsi dengan kawan, memindahkan media dari konsol ke smartphone adalah kemudahan yang bagus. Dahulu, kita perlu memindahkan semuanya secara manual menggunakan USB, tetapi cara itu dianggap terlalu leceh. Memandangkan majoriti game sekarang mempunyai visual yang cantik dan gameplay yang menarik, kita pun boleh berkongsi kepada dunia keindahan game itu.
@gamersantaimy
Discussion about this post