Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom telah berkongsi mengenai masalah mereka digodam

Amir Haziq by Amir Haziq
April 14, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Capcom telah berkongsi mengenai masalah mereka digodam
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan November lalu, penerbit Resident Evil, Capcom telah menjadi serangan ransomware yang menyebabkan ratusan ribu data peribadi telah digodam dari server mereka, termasuk nama dan alamat pelanggan serta bekas pekerja Capcom. Hari ini, Capcom telah menyelesaikan siasatan penggodaman ini dan menyimpulkan serangan itu bermula pada bulan Oktober, yang dikesan berasal dari cawangan Capcom USA dan mereka juga telah mengesahkan jumlah mangsa yang terlibat seramai 15,649.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan banyak kemaskini sejak serangan itu dilaporkan. Pada mulanya, Capcom mengatakan terdapat pihak yang tidak ketahui telah menggodam server pada 2 November, menyebabkan mereka terpaksa menutup akses. Syarikat Capcom kemudiannya diserang ransomware yang telah mencuri banyak maklumat, termasuk detail plot untuk Resident Evil Village akan datang.

Selain itu, firma pihak ketiga yang membantu Capcom mengesan kejadian tersebut datang dari peranti VPN digunakan di pejabat Capcom USA. Penggodam menggunakan VPN tersebut untuk mendapatkan akses ke peranti lain di Amerika Syarikat dan Jepun. Proses ini menjadi mudah buat penggodam kerana ketika itu Capcom belum meningkatkan keselamatan rangkaian mereka dan memerlukan VPN tersebut untuk bekerja dari rumah semasa pandemik COVID-19. Ransomware ini mula menjangkiti beberapa peranti, dan masalah network telah melumpuhkan e-mel dalaman dan fail server. Syarikat tersebut turut menyatakan tiada ugutan permintaan, dan tiada pihak yang menghubungi mereka.

Tambahan pula, Capcom menyatakan mereka kini telah bekerjasama dengan penguatkuasa dan organisasi yang berkaitan dari dalam dan luar negara. Sementara itu, mereka juga telah membuang VPN tersebut, membuat semula pengesahan keselamatan, membersihkan drive, dan membuat peningkatan seperti menambah servis Security Operation Center serta pengurusan peranti yang lebih baik. Jawatankuasa yang dilantik pada Januari lalu sedang berusaha memastikan keselamatan server Capcom sentiasa dikemaskini.

Sementara itu, syarikat Capcom telah membuat talian khas di Jepun untuk pelanggan yang rasa maklumat peribadi mereka berpotensi digodam. Pelanggan di Amerika Utara dan Eropah pula disarakan untuk menghubungi khidmat sokongan pelanggan Capcom.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomDigodam
Previous Post

Acer Malaysia memperkenalkan Laptop dan Monitor Nitro Baru dengan Kempen Zero to Nitro

Next Post

Xperia 10 III dilancarkan – Telefon yang Ramping, Kuat dan tahan air

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Xperia 10 III dilancarkan – Telefon yang Ramping, Kuat dan tahan air

Xperia 10 III dilancarkan - Telefon yang Ramping, Kuat dan tahan air

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd