Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE’ Buka Pendaftaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
‘CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE’ Buka Pendaftaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berita tentang kepulangan CAPCOM ke gamescom asia pada 17 hingga 20 Oktober di Singapura, hari ini CAPCOM mengumumkan bahawa mereka telah membuka pendaftaran untuk CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE, yang turut akan diadakan di lokasi yang sama .

Kredit: CAPCOM

Pada 18 hingga 30 Oktober, pemain Street Fighter 6 dari seluruh dunia akan berkumpul di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre untuk merebut peluang melayakkan diri ke CAPCOM CUP 11 di Jepun. Ternyata, CAPCOM CUP 11 adalah kejohanan terunggul sekali kerana johan akan membawa pulang hadiah utama $1 juta USD!

Terdapat dua cara untuk melayakkan diri ke CAPCOM CUP 11 jika anda bersaing dalam CAPCOM Pro Tour 2024.

Salah satu cara adalah dengan mengambil bahagian dalam kejohanan PREMIER. PREMIER ialah kejohanan utama rasmi di mana pemain terbaik pada setiap acara mendapat slot dalam CAPCOM CUP 11. Baru diperkenalkan tahun ini ialah kejohanan SUPER PREMIER, di mana dua pemain terbaik akan layak terus ke CAPCOM CUP 11.

Yang untungnya, CAPCOM Pro Tour SUPER PREMIER SINGAPORE dikategorikan sebagai “Super Premier”, jadi anda boleh merebut peluang hebat ini kerana pemain yang mara ke pusingan akhir masing-masing akan dijamin mendapat tempat dalam CAPCOM CUP 11!

Kredit: CAPCOM

Jika berminat, anda boleh mendaftarkan diri untuk CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPURA bermula sekarang di SINI.

Andai kata tidak ingin sertai tetapi berminat untuk tonton, CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPURA juga akan disiarkan secara langsung di halaman YouTube dan Twitch CAPCOM Fighters.

Bagi mereka yang menghadiri gamescom asia 2024, CAPCOM juga mengadakan booth mereka sendiri yang mengandungi pelbagai stesen demo untuk game terbaharu dan akan datang buatan mereka. Maklumat tentang game apa yang akan dipamerkan masih belum dikongsi, tetapi mereka janji akan memebri butiran lanjut dalam masa terdekat!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE
ShareTweetSend
Previous Post

Visions of Mana Pamer Trailer Baru, Akan Datang 29 Ogos 2024

Next Post

Neverness to Everness – Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Neverness to Everness – Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!

Neverness to Everness - Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd